#PRKSgLimau PEMIMPIN PAS USIR ANWAR IBRAHIM DARI DATANG KE SUNGAI LIMAU


Perancangan Ketua Pembangkang datang ke Sungai Limau bagi membantu kempen PAS dalam PRK DUN Sungai Limau kini mendapat tentangan daripada pemimpin dan penyokong PAS sendiri.

Ini susulan daripada tindakan kenyataan Anwar yang berbeza dengan pendirian PAS berhubung GST. Diberitakan juga imej Anwar yang tidak disenangi beberapa pemimpin PAS juga membuatkan kehadiran Anwar di Sungai Limau mendapat tentangan hebat.

Lebih mengejutkan penduduk khususnya petugas kempen BN apabila melihat 3 banner besar yang dipasang di Sungai Limau bagi membantah kehadiran Anwar. Dipercayai banner itu dinaikkan oleh penyokong PAS yang bertugas sebagai penggerak kempen PAS.

Difahamkan Anwar akan menyampaikan ceramah di Sulang Kechil yang merupakan kubu kuat BN.

Seperti sedia maklum, Anwar sebenranya tidak disukai Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak biarpun sama dalam Pakatan Pembangkang. Malah dikatakan Anwar itu merupakan musuh Azizan ketika masih memegang jawatan Menteri Besar.

Seluruh penduduk di Sungai Limau harus tahu bahawa Allahyarham Tan Sri Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Tan Sri Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu menghentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Tan Sri Azizan.


Dari dahulu lagi Allahyarham Tan Sri Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger