#PRKSgLimau PATUNG KAKI MENYERUPAI AZIZAN ANGKARA SIAPA?


Terdesak. Itulah yang boleh disimpulkan ke atas mereka perbuatan yang bertanggungjawab dalam menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN DUN Sungai Limau.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Jerai yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis berhubung kemunculan patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar.

Ini merupakan satu perbuatan provokasi melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku.

Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.


Pada ketika ini akan berlaku sebarang strategi berbentuk serangan atau provokasi menjelang waktu-waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil kawasan itu yang akan diadakan Isnin ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger