#PRKSgLimau PAS TERDESAK RAIH UNDI BAWA USTAZ AZHAR IDRUS


Jika sebelum ini PAS begitu selesa dengan kemenangan mereka dalam PRU-13 dengan majoriti 2,000 lebih. Ini semua atas personaliti calonnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sebaik selepas penamaan calon, PAS yakin mampu memperolehi kemenangan dengan undi majoriti lebih 1,000 undi memandangkan calon yang ditampilkan mereka kurang popular di kalangan pengundi DUN Sungai Limau tetapi membawa logo PAS.

Namun sejak kempen BN berlangsung dan mendapat sambutan, PAS berasa tertekan hingga mengurangkan defisit majoriti kemenangan kepada hanya 500 undi. Di sebalik pengumuman itu, ramai pihak beranggapan itu semua propaganda meraih undi PAS terhadap pendududk Sungai Limau.

Menjelang hujung minggu, atas nama kesepakatan DAP dan PKR datang bersama ‘tauke’ mereka bagi melancarkan serangan gerak saraf yang terakhir sebelum tempoh berkempen tamat pada jam 12.00 malam ini.

Seperti biasa tuduhan atau tohmahan yang dilemparkan Pakatan Pembangkang semenangnya tidak berasas dan bersifat pembohongan.

Demi meraih undi dan PAS kini dalam keadaan terdesak, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan politik keagamaan dan berceramah secara berseloroh hingga membolehkan hadirin yang mendengarnya ketawa berdekah-dekah telah dibawa secara khas untuk mengiburkan rakyat dan pengundi Sungai Limau.

Tindakan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang diselitkan mesej politik pastinya dianggap berat sebelah. Namun, itulah taktik PAS yang berselindung di sebalik agama.

Terpulang kepada penduduk dan pengundi DUN Sungai Limau untuk menilainya. Jika penduduk Sungai Limau mengundi dan memilih PAS bermakna mereka menyokong Anwar Ibrahim dan DAP rasis secara langsung.


Jika mengundi BN bermakna mereka mahukan pembangunan berterusan di samping cintakan keamanan.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

November 3, 2013 at 10:52 AM

undi BN bermakna memberi 2 juta utk cinabeng?

Anonymous
November 3, 2013 at 1:56 PM

undi BN bermakna memiskin rakyat jelata, mengkayakan kroni, menambahkan maksiat dan kemungkaran...

Anonymous
November 3, 2013 at 8:22 PM

minda awak dah terperangkap dengan hasutan pkr, dapiq dan pas. kasihan ......berpijaklah kepada realiti. banyak usaha kerajaan memajukan negara rakyat jelata hidup makmur berbanding dengan negara lain. Lihatlah kelantan, Selangor dan Pulau Pinang apakah segala yang dijanjikan ditunaikan. Yang baik kita tegakkan yang bathil kita sanggah tak kira kerajaan mahupun pembangkang itulah yang terbaik sekali.

Anonymous
November 4, 2013 at 10:58 AM

Undi bn untuk barang terus naik...hutang negara makin naik... macai terus ikut bawah kaki org atas...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger