#PRKSgLimau PAS MARAH MUKHRIZ AMBIL DUN SUNGAI LIMAU SEBAGAI DUN ANGKAT


Hasrat Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadikan DUN Sungai Limau sebagai kawasan angkatnya sekiranya BN memenangi PRK esok hari telah dipersoalkan PAS.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar mempersoalkan hasrat Menteri Besar Kedah itu dan dilihat sebagai berat sebelah.

"Kenapa tidak jadi DUN angkat ketika Allahyarham terlantar di hospital selama lebih enam bulan?

"Kenapa baru sekarang timbul kalau BN menang baru hendak jadikan DUN angkat?

Seperti biasa PAS menunding jari kepada Mukhriz sebagai Menteri Besar seolah-olah hilang keyakinan dan kepercayaan calon BN dalam merampas DUN Sungai Limau daripada PAS.

Apakah Mahfuz Omar terlepas pandang atau sengaja mengada-adakan cerita bahawa ketika itu (Tan Sri Azizan Abdul Razak masih hidup) merupakan ADUN PAS? Jika BN yang memerintah Kedah mengambil DUN Sungai Limau sebagai DUN angkat apakah PAS membenarkannya?

Kenapa PAS Kedah tidak mengambil alih DUN Sungai Limau sewaktu penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak uzur dan terlantar di hospital? Adalah menjadi kewajipan PAS untuk mengambil alih dan menjaga DUN Sungai Limau berbanding BN atau Kerajaan Negeri Kedah.

Sebelum ini Mukhriz berkata, beliau akan menjadi ADUN angkat Sungai Limau sekiranya BN menang PRK DUN itu pada 4 November.


Mukhriz menambah, sekiranya BN diberi mandat, penduduk setempat bukan sahaja akan mendapat calon BN, Dr Ahmad yang mempunyai ijazah kedoktoran sebagai Adun, tetapi juga menteri besar sebagai Adun angkat yang akan memberi perhatian istimewa kepada mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger