#PRKSgLimau PAS INGKAR ARAHAN SPR BINA BARONG PANAS


Walaupun tempoh berkempen berakhir semalam, tetapi pondok panas PAS yang bertanding di PRK DUN Sungai Limau masih wujud hingga ke hari pengundian.

Barong panas PAS itu digunakan bagi meletakkan khemah sebagai tempat penyokong berkumpul dan ada juga yang meletakkan payung bersaiz besar.

Walaupun ditegaskan oleh pihak SPR bahawa pondok atau barong panas tidak dibenarkan pada hari pengundian namun ia masih wujud dan mengganggu lalu lintas.

Ini secara jelas membuktikan PAS sememangnya sebuah parti politik yang ingkar dan degil.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Moh Yusof pada sidang media semalam, sekali lagi menegaskan bahawa pondok-pondok parti hanya dibenarkan pada hari kempen sahaja.

"Kewujudan pondok panas walaupun menggunakan payung yang boleh ditafsirkan sebagai tempat berkumpul penyokong parti adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Selain barong panas, terdapat juga di beberapa pusat pengundian pihak yang berkempen atau dikenali sebagai "peraih undi".


Kehadiran peraih undi bukan sahaja cuba mendekati pengundi, malah turut menggunakan pembesar suara untuk menyeru pengundi menyokong calon mereka.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

anti-syiahGaban
November 4, 2013 at 6:10 PM

Hah...tunggu apa lagi Tan Sri, taram saja puak syiah ni cukup2. Depa bukannya nak dengar cakap orang. Proscute them to the fullest extent of the law!!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger