#PRKSgLimau MAHFUZ OMAR BUAT-BUAT CERITA PASAL 351 AHLI PAS MASUK UMNO


Kemasukan beramai-ramai ahli PAS ke dalam UMNO sememangnya tidak disenangi Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar.

Susulan daripada itu, pelbagai macam cerita yang didengari mengenai hal ehwal kemasukan ahli PAS ke dalam UMNO. Semua kenyataan itu datangnya daripada mulut Mahfuz yang ternyata amat kecewa.

Kemasukan 351 orang ahli PAS ke dalam UMNO dikatakan diperalatkan orang UMNO dengan diberikan wang tunai RM100.

Dengan memberitahu dirinya menerima aduan daripada seseorang tanpa menyebut nama seolah-olah menggambarkan UMNO telah menyogok ahli-ahli PAS dengan wang RM100 dan menyerahkan borang keahlian UMNO.


Pesuruhjaya PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menerima aduan tersebut menyifatkan, taktik kotor yang diguna pakai Umno sebelum hari pengundian esok membuktikan parti itu mempunyai moral pekerti yang rendah, semata-mata untuk meraih simpati pengundi di kawasan tersebut.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger