#PRKSgLimau AHLI PARLIMEN PAS MOHON MAAF KEPADA PERDANA MENTERI KERANA MEMFITNAH


Kebenaran kini terserlah apabila ada di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mengakui dirinya memfitnah pemimpin BN.


Dengan penarikan balik kenyataan itu sekali gus memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memfitnah Perdana Menteri berkaitan Operasi Lalang pada 1987.



"Saya minta maaf dan saya tarik balik kenyataan tersebut," katanya ketika diberi peluang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memberi penjelasan kerana tuduhan liar itu mempunyai prima facie.

Pandikar Amin yang menegur perbuatan Mohamed Hanipa berkata, sebagai peguam sepatutnya wakil rakyat Pas itu lebih bertanggungjawab mengenai fakta yang dikemukakan kerana imuniti wakil rakyat bukan tiket untuk bercakap apa sahaja.


Pada 23 Oktober lalu, Mohamed Hanipa dipetik sebagai berkata: "Ia (Operasi Lalang) bermula daripada MCA dan UMNO sendiri di mana Pekan yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO bercakap marilah kita titiskan darah Cina dengan keris."
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger