PKR CABANG PANDAN BUBAR DAN KINI CETUS KONTROVERSI



PKR Cabang Pandan secara rasminya bubar!!!

Dengan penghijrahan seramai 80 ahli PKR termasuk Abdul Aziz Jusoh yang merupakan 'orang kuat' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli maka PKR Cabang Pandan yang telah beroperasi sejak tahun 1999 itu kini lumpuh.

Ini merupakan petanda baik kepada UMNO dan BN dalam merampas kembali Parlimen Pandan yang kini disandang Rafizi Ramli aka Rafizi Lembu dari PKR.

Kemasukan ahli-ahli PKR ke UMNO ini dibuat disebabkan rasa tidak puas hati ahli-ahli terhadap kepimpinan tertinggi PKR seperti mana yang berlaku ke atas dua orang ADUN Sabah yang bertindak keluar PKR.

Seperti mana amalan tradisi pemimpin PKR, Rafizi Ramli sejak menang PRU-13 enam bulan lepas langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Parlimen Pandan. Sebaliknya yang menjadi persoalan selalu saja nampak mukanya di akhbar Sinar Harian dan Suara Keadilan di samping di Dewan Rakyat dan beberapa pejabat PKR lain.

Tindakan Rafizi yang turut mengaitkan saya dengan wang dan sogokan dari UMNO untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Kenyataan Rafizi itu bertujuan menyelamatkan dirinya sahaja dan kini sudah tidak lagi mempunyai ahli PKR di PKR Cabang Pandan yang akan membantunya dalam mengurus Parlimen Pandan dan seterusnya mempertahankan dirinya dalam politik.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 29, 2013 at 1:51 PM

KENAPA GELAR RAFIZI TU LEMBU.
LEMBU TU KAN BINATANG.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger