PENGAJARAN KEPADA AHLI YANG BERHORMAT YANG TIADA MEDIA SOSIAL



Sebelum ini ramai Ahli Yang Berhormat yang sudah berasa tempiasnya apabila diserang cybertrooper Pakatan Pembangkang secara personel atau sebaliknya.

Tetapi, bagi Ahli Yang Berhormat yang berasakan dirinya ‘selamat’ itu sangat bernasib baik, tetapi sampai bila.

Politik Malaysia sekarang ini berhadapan dengan persepsi dan setiap orang di Malaysia ini kini sudah semakin pandai dan bijak.

Inilah yang berlaku kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada Pakatan Pembangkang atas kelakuannya mengoyakkan usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Dalam komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang "pedas" kerana tidak bersetuju dengan tindakannya.

Begitu pun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

"Serangan hebat yang bertali arus seperti hujan lebat dari cyber trooper dan pengikut-pengikut PR...tidak melemahkan saya dan ia nya memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji 5 penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Bung Mokhtar bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.

Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.

Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan.


Kepada Yang Berhormat BN selepas ini pandai-pandailah bersosial dengan menggunakan media sosial. Jika tidak, bahana akan lebih teruk menimpa anda dengan mainan persepsi di alam maya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger