PEGUAMBELA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MEMBELA PENJENAYAH TEMBAK MATI PEGAWAI AMBANK



Tidak sampai 24 jam polis berjaya memberkas suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya dan kini berada dalam tahanan polis, terdengar ura-ura akan ada peguam daripada Pakatan Pembangkang yang akan membelanya.

Melihat kepada status facebook Kami Sokong Polis Diraja Malaysia ternyata banyak mengundang kemarahan rakyat setelah melihat kekejaman suspek yang tidak berperikemanusiaan.

Rakyat sebaliknya mahukan suspek itu yang secara terang menembak pegawai AmBank dengan kejam dan melarikan wang dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Begitupun, kejayaan anggota keselamatan negara itu memberkas suspek lalu telah mendapat penghormatan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Manakala bagi keluarga mangsa, kejayaan polis menangkap suspek pembunuhan itu telah memberikan khabar gembira.

"Kami sekeluarga takkan maafkan perbuatan suspek yang menembak mati Allahyarham. Dia (suspek) berani buat, beranilah tanggung akibatnya!," kata Abu Talib Mohd Isa, 65, iaitu bapa kepada pekerja AmBank, Norazita.

Selama 19 hari suspek cuba bersembunyi ketika dalam buruan polis dan melarikan diri di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi semalam sebelum dimaklumkan kepada orang ramai menerusi twitter milik Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran, tetapi gagal susulan daripada tindakan pantas polis memberkaskannya.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.


Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger