PAS TIDAK LETAKKAN SYARAT HEBAT BERDEBAT SEBAGAI PEMIMPIN PAS


Sebelum PRU-13 lepas, Pakatan Pembangkang terutama PAS dan PKR kerap mendesak beberapa pemimpin BN untuk berdebat termasuklah antara Ketua Pembangkang dan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Selain pemimpin BN, Pakatan Pembangkang juga kerap mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk berdebat berhubung pilihan raya yang bersih dan telus menurut pandangan Pakatan Pembangkang.

Dalam kesempatan itu, akhbar Sinar Harian telah mengambil inisiatif menganjurkan debat antara Pakatan Pembangkang dan pemimpin BN dalam mengambil kira beberapa isu yang difikirkan sesuai.

Tetapi, dalam Muktamar PAS kali ini kepandaian berdebat atau bijak berceramah seperti Anwar Ibrahim tidak diambil kira. Sebaliknya, tegas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan calon itu perlulah mempunyai pakej lengkap dan menguasai pelbagai kemahiran.

Nasrudin juga menjelaskan mana-mana calon yang bertanding akan dinilai berdasarkan aspek pemikiran yang berasaskan perjuangan Islam termasuklah penglibatannnya dalam aktiviti parti dan memiliki keperibadian akhlak Islam.

Kenyataan Nasrudin ini jelas bertentangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi pada Isnin lalu yang mengalu-alukan penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakkan kempen secara sihat.

Menurut Asmuni, melalui debat bersemuka, kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian dan visi mereka dalam usaha untuk memenangi hati perwakilan.


Perbezaan pandangan Nasrudin dan Asmuni ini jelas menggusarkan banyak pihak yang bertanding khususnya kumpulan Anwarinas yang dilihat mempunyai kelebihan jika diberi peluang dan ruang untuk berdebat hasil daripada latihan Anwar Ibrahim.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger