PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG PULAU PINANG HANYA SANDIWARA SAHAJA


Pelbagai pihak menyifatkan tindakan PAS Pulau Pinang mahu meninggalkan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang sebagai sandiwara sahaja.

Sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof mengugut akan meninggalkan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang.

Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Malah ada yang mempersendakan tindakan PAS Pulau Pinang itu sebagai cubaan untuk mendapatkan perhatian. Jika benar mahu meninggalkan Pakatan Pembangkang tak payahlah umum untuk ambil publisiti sebaliknya meminta PAS melaksanakan terus dan baharu umum.

Bagi Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof menyatakan membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak.

Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.

PAS Pulau Pinang dikhabarkan tidak senang dengan pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang disifatkan mereka sebagai tidak menghargai sokongan pengundi Melayu dan tidak sensatif terhadap kehendak orang Melayu dan Islam.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.


Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 21, 2013 at 9:09 AM

eleh cakap je lebih , cuma ada 1 kerusi je .... nak keluar ..keluarlah LGE tak heran pun... cuma dia tak sampai hati nak halau je , mungkin dia kesian kat pemimpin2 PAS yang perasan hebat.

anti-syiahGaban
November 21, 2013 at 9:13 AM

Wayang Kulit PAS-pis-pus........hakikat nya depa sanggup makan babi semeja dengan Guan Eng dan cuci tahi Karpal 'Wilca' Singh......kharrk ptuihhhh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger