MUKTAMAR PAS: PENYOKONG DAN PEMIMPIM PAS SALING MENUNDING JARI


Seperti dalam mana-mana konvensyen atau muktamar parti politik akan ada isu dan khabar yang kurang gembira akan timbul susulan daripada wujud pertandingan merebut jawatan atau mengekalkan kerjasama parti politik.

Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan satu akaun media sosial Facebook yang dipercayai milik penyokong PAS yang mendedahkan, terdapat usaha licik dilakukan pihak tertentu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama PAS.

Dalam kenyataan pemilik akaun Facebook itu melaporkan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat didakwa tidak mematuhi keputusan ditetapkan majlis syura dan mereka seolah-olah mengambil langkah ‘menutup mata’.

“Contohnya dalam 'dhawabit tahaaluf' yang telah ditetapkan oleh majlis syura ulama, PAS  perlu dominan dalam PR terutamanya dalam PRU13 baru-baru ini.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, apabila pembahagian kerusi didakwa banyak diselewengkan dan ‘dijual’ kepada PKR,” menurut laporan yang dipetik daripada laman sosial tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pihak yang cuba berselindung menggunakan Facebook itu membuat kesimpulan tersebut berdasarkan petikan sebahagian kenyataan AJK Kerja PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Berdasarkan Facebook itu, Dr Siti Mariah dilaporkan berkata; “..saya melihat cadangan untuk melantik presiden dan timbalan presiden di kalangan ulama bukan satu keputusan yang bijak.

Kita dah ada Majlis Syura Ulama yang menjadi landasan kepatuhan serta memandu kepada presiden dan jawatan kuasa Pas Pusat. Oleh yang demikian, siapa pun yang jadi pimpinan pastinya tertakluk kepada nasihat dan garis panduan majlis syura ulama. Sekiranya tidak, lebih baik bubarkan sahaja badan yang lebih besar itu (majlis syura ulama)..”.

Ditanya kepada empunya badan, Dr Siti Mariah enggan menjawab atau memberi komen.

“Kita tak tahu siapa sebenarnya di belakangnya (Facebook itu). Saya tak nak respons dan beri komen lebih lanjut mengenai isu ini.


Nampaknya Muktamar PAS kali ini dijangka panas dengan ada wujud pertandingan menentang Mat Sabu dalam usaha membawa ulama memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

November 9, 2013 at 6:40 PM

Sdr Admin,tumpang sekaki dgn izin.

Sejak Konvensyen PBB yg lepas berita2 baik perihal aktiviti PBB kian lesu.Bukankah ada pembentangan2 dan resolusi berkenan persediaan PBB utk pilihanraya negeri? Kenapa tiada program kearah merealisasikan resolusi? Hangat di masa konvensyen dah mula sejukdingin rupanya.

Parti2 pembangkang dah masuk gear 2.PBB macam mana?

Dicadangkan PBB Cawangan Satok atau mana2 cawangan/ranting di kawasan2 Matang dan Samariang membuka pondok kecil utk mendaftar pengundi2 baharu di Kubah Ria dan E-mart sbg permulaan.Kalau perkara kecil begini tak dapat dibuat jgn harap nak buat perkara yg lebih besar.

sekadar pandangan 50sen..

November 10, 2013 at 11:26 AM

tumpang sekaki ..hehe

Regatta Samarahan di Tambirat meriah.Banyak sekali gerai.Ada pentas utk "bertandak".Tempat kereta di tepi2 jln sesak sekali.

Tetapi yg sedihnya pengunjung tak dapat menyaksikan acara utama! Lumba2 perahu tak dpt disaksikan.Tiada tempat duduk.Tempat "bertenggong" pun terhad.Nampak kepala org adalah.

Namun syabas kpd penganjur.

sempat makan di gerai PBB..kena kepulan asap tebal menggril kepak ayam/ikan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger