MAHFUZ MAHU DAP DISIPLINKAN KARPAL SINGH



Jangan disebabkan kerjaya sebagai peguam bela memaksa dirinya bercakap bohong dengan merujuk kepada kenyataan Mahfuz Omar terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ini susulan daripada sikap bohong yang ditunjukkan Karpal Singh dalam menyarankan pendaftaran PAS dibatalkan berikutan pendedahan rakaman kenyataannya itu kelmarin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selaku ahli politik berpengalaman, Karpal seharusnya berani mengakui kesilapannya jika benar mengatakan perkara tersebut.

"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah.

Karpal sebelum ini menafikan kenyataannya yang menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum dibatalkan kerana membahayakan negara.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap PAS meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut.

Walau bagaimanapun, Dewan Pemuda PAS Pusat kelmarin tampil mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Mengulas lanjut, Mahfuz mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Siang dan DAP.

"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya.


Apakah PAS akan terus mengadakan kerjasama tahaluf siyasi terhadap DAP dan PKR berasaskan kepada apa yang sedang berlaku sekarang ini?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger