KARPAL DESAK ANWAR IBRAHIM NYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI HUDUD



Sebagai calon "Perdana Menteri" Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu hukum hudud dan konsep negara Islam seperti mana yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan.

Bagi Pengerusi DAP Karpal Singh isu hukum hudud itu sudah menjadi isu kontroversi dan sensitif bagi kaum bukan Islam.

Ini sekaligus menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada BN.
   
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam.
   
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika Pakatan Pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Sebagai permulaan ini, PAS akan melaksanakan hukum hudud ini di Kelantan seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini biarpun mempunyai kekangan dan tekanan daripada DAP dan PKR.
   

Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 17, 2013 at 11:01 AM

Maka tepat lah kata2.... TIDOR SEBANTAL MIMPI LAIN LAIN !

Anonymous
November 17, 2013 at 1:58 PM

Tak habis2 nak berlakon Parti Pas ni...yelah, ini musim pemilihan parti... saje nak kelirukan org2 melayu/Islam... depa dah tau dah, depa takkan boleh lepas Dap...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger