CALON NAIB PRESIDEN PAS JADIKAN UMNO SEBAGAI KAMBING HITAM



Seperti biasa menjelang Muktamar PAS akan ada pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS. Ada orang baru dan ada yang mahu mempertahankan jawatan yang dimenanginya sebelum ini.

Begitupun, seperti UMNO, Presiden PAS juga tidak berlaku pertandingan apabila menang tanpa bertanding.

Salah seorang calon Naib Presiden PAS, Abu Bakar Chik secara terang mengecam dan mentohmahkan UMNO sebagai punca orang Melayu di Malaysia ini kini semakin liberal hingga menyebabkan pembangunan sosioekonomi golongan itu kian terpinggir.

Bagi menunjukkan PAS dan dirinya hero dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Abu Bakar menyalahkan polisi BN dan UMNO yang selama ini menjadi punca perpecahan orang Melayu.

"Masyarakat sedar bahawa sesetengah keadaan orang Melayu kini seolah-olah menjadi semakin liberal, fahaman mereka semacam sekular.

"Polisi BN tidak mengembalikan kepada teras membangun jati diri orang Melayu dari segi akhlak, ekonomi bahkan politik pun orang Melayu kalau diharapkan kepada UMNO makin lama akan jadi teruk.

Itulah tujuannya Abu Bakar berkempen jawatan Naib Presiden PAS dengan tujuan mahu memperkasakan PAS dalam mengukuhkan sokongan Melayu dan bukan Melayu menerusi pembangunan masyarakat dan sosio-ekonomi.

Seolah-olah lupa atau tidak tahu sejarah, Abu Bakar menerang BN dan UMNO yang dikatakan masih gagal mengembalikan jati diri orang Melayu khususnya dalam penguasaan ekonomi yang terjejas terus sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971.

Tanpa segan silu dan mengharapkan jawatan Naib Presiden itu, Abu Bakar terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dalam kempennya.

"Sebenarnya orang Melayu mengharapkan peranan PAS dalam pembangunan sosioekonomi.

"Orang Melayu memang sedar bahawa kerajaan BN dan UMNO tidak banyak membantu.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak awal 70-an, ketika DEB dimulakan sampai sekarang tidak ada lonjakan peratus yang banyak dari segi ekuiti Melayu.

Melihat kepada corak kempen Abu Bakar, selayaknya beliau bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden PAS yang dilihat sesuai dengan cita-citanya untuk memajukan orang Melayu.


Ini kerana kedua-dua penyandang jawatan Presiden dan Naib Presiden PAS itu gagal dalam membangunkan umat Islam di Malaysia di mana banyak melebihkan politik berbanding mengukuhkan perpaduan orang Melayu atau mengangkat martabat Islam.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Jonah
November 10, 2013 at 1:53 PM

PAS BUANG LIBERALS DAN ANWARINAS.
UMNO PUN TENDANG LIBERALS DAN ANWARINAS.
TINGGAL MELAYU ISLAM DAL PAS DAN UMNO.
LEPAS TU PAS DAN UMNO BOLIH BERGABUNG.
JADI SATU PARTI MELAYU YANG KAT, YANG PERTAHANKAN KAN MELAYU,ISLAM DAN NEGARA TANAH MELAYU MALAYSIA.
LIBRALS DAN ANWARINAS PERLU DI NYAH BEKU.
BARULAH MELAYU JADI KUAT, DAN KAFIR TAK BERANI PERLEKEH.
BARU KEADILAN DAPAT DIJALAN KAN IKUT PERUNTUKANPERLEMBAGAAN.
HIDUP MELAYHIDUP ISLAM.
HELL TO LIBRALS AND ANWARINAS.....DEMI ISLAM.

Anonymous
November 10, 2013 at 2:16 PM

Pas adalah parti yang tak berguna yang tidak berbuat apa apa untuk menaikkan Islam dan Melayu. Bersikap tunggu dan lihat. Pas seolah olah mahu Melayu dan Islam hancur supaya dia boleh jadi hero. Kalau Pas tolong menyelesaikan masalah atau isu agama dan masyarakat maka Pas jadi tak relevan lagi. Sebab itu Pas tak akan kemana mana. Pas tidak berjuang kerana Allah tapi untuk golongan ustaz menjadi Pemerintah.

November 10, 2013 at 3:18 PM

Burn tok sik sedar diri > nya nak tipu sidak dlm cermin!!!

Mun brani nya boleh tido sbantal dgn Anwar > baru tauk langit tinggi rendah!!!

Anonymous
November 11, 2013 at 8:28 AM

PAS ialah parti PUTAR ALAM SAJA, yg dianggotai liPAS & hamPAS.

Anonymous
November 11, 2013 at 5:26 PM

Tu Tangan macam nak ramas nenen je, hish

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger