APAKAH PAS AKAN TERTUNDUK DENGAN TEKANAN CINA DAP DALAM ISU HUDUD?



Apabila negara Brunei telah meluluskan undang-undang mahu melaksanakan hukum hudud, seperti biasa PAS parti yang kononnya memperjuangkan Islam juga mahu mengamalkan hukum hudud di Kelantan.

Semua keputusan ini dibuat bukan berasaskan keperluan kerana isu ini sudah terlalu lama. Oleh sebab ia isu politik, maka ianya timbul lagi khususnya menjelang Muktamar PAS dan selepas kemenangan PAS di DUN Sungai Limau.

Sejak awal-awal lagi DAP sekutu rapat PAS dalam Pakatan Pembangkang menentang habis-habisan dalam pelaksanaan hukum hudud ini di Kelantan. Ini telah disuarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Jika itu suara Cina di dalam Pakatan Pembangkang, bagaimana pula dengan suara Cina di dalam negeri Kelantan?

Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.

Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak sepatutnya dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.

“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan agama lain. Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja, kita tidak membantah.

“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu (hudud) kerana apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan Islam secara automatiknya kerana kita berada di Kelantan.

Dengan mengambil beberapa contoh syarat yang dikenakan di negeri ini termasuk pembinaan rumah kedai yang diwajibkan berbumbung bentuk kubah masjid, Law Awang berkata, kebiasaannya semua syarat yang diluluskan wajib dipatuhi semua kaum di negeri ini.

“Kita perlu timbang masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa perkara tidak boleh diimplementasikan di negara ini.


Jadi, apakah PAS akan meneruskan niatnya untuk melulus dan menggunakan hukum hudud di Kelantan atau menyalahkan UMNO dan BN semata-mata. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 16, 2013 at 5:34 PM

Kerajaan pusat bn akan memberi tekanan kpd kelantan melalui persatuan cina dan umno utk mengagalkan hukum hudud d kelantan...kalau tak caya rakyat msia tunggu

Anonymous
November 16, 2013 at 6:04 PM

Umno kelantan melalui Tan Sri Anuar Musa telah menyatakan sokongan hudud dilaksanakan......cuma abang besar Pas...iaitu Dap sedang mengelupur

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger