APAKAH BEZA ANTARA DR ZAKIR NAIK DAN ANWAR IBRAHIM?


Dr Zakir Naik terkenal dengan hujah yang berfakta dengan menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain termasuk Bible untuk membuktikan Islam adalah agama agama yang benar.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang gemar menggunakan hujah Al Quran, Bible dan kitab-kitab agama lain untuk menunjukkan persamaan antara agama yang akhirnya menjurus menjurus kepada pluralisme agama.

Begitu pun kedua-duanya merupakan dua tokoh yang kini gemar dialog antara agama (Interfaith dialogue).

Dalam dialog antara agama yang dihadiri Anwar khususnya Kristian, beliau berusaha menyediakan hujah-hujah yang hampir sama dengan penganut agama itu.

Malah, Anwar merupakan tokoh yang bermati-matian mahukan kalimah Allah digunakan penganut Kristian.

Manakala, Zakir tidak pernah menjadikan isu kalimah Allah sebagai topik utama hujahannya. Beliau berusaha mengemukakan dalil untuk membuktikan Islam adalah agama yang benar dan sebab itu beliau sering digelar sebagai pengganti Sheikh Ahmad Deedat.


Zakir lebih berpihak kepada Islam berbanding dengan Anwar.


Dalam isu pengganas Islam, Anwar bersetuju dengan pandangan Barat yang melabel Osama Bin Ladin sebagai pengganas dan penyelesaian kepada permasalahan itu menurut Anwar adalah penerimaan demokrasi dalam dunia Islam.

Sebaliknya, Zakir mempertikai sejauh manakah kebenaran Osama Bin Laden sebagai pengganas kerana beliau tidak pernah mengenalinya.

Lagipun, kata Zakir, beliau tidak boleh melabel Osama sebagai pengganas berdasarkan laporan media massa Barat kerana media itu mempunyai agendanya yang tersendiri.


Nilaikan sendiri beza antara Dr Zakir Naik dan Anwar Ibrahim.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 6, 2013 at 10:48 AM

DR NAIK AMAT DIGERUNI OLEH PENDEBAT PENDEBAT AGAMA LAIN KERANA KEUPAYAAN BELIAU UNTUK MENELANJANGBULATKAN CERITA SEBENAR TENTANG KESESATAN AGAMA MEREKA BUKAN SAJA DGN MENGGUNAKAN ALQURAN TAPI DGN MENGGUNAKAN KITAB KITAB AGAMA MEREKA SENDIRI. OLEH SEBAB ITU BELIAU DILARANG MEMASUKI BEBERAPA NEGARA BARAT AKIBAT KETAKUTAN MEREKA ITU

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger