AKHIRNYA PAS TERIMA PADAH AKIBAT BERKAWAN DENGAN DAP


Ternyata kemenangan PAS di DUN Sungai Limau dibayar dengan harga yang mahal apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh telah membuatkan membuat kenyataan dengan menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftarannya.

Karpal Singh sebelum ini menegaskan, parti politik termasuk Pas serta pertubuhan profesional yang berteraskan kaum dan agama tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana beliau menganggap perkara itu berbahaya kepada Malaysia.

Di sebalik kenyataan Karpal Singh itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Karpal Singh yang dianggap banyak pihak sebagai meludah ke langit setelah DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai serius serta berbahaya.

Begitu pun, PAS dilihat masih takut-takut untuk mendesak Karpal Singh dikenakan hukuman selepas Tuan Ibrahim sekadar menyerahkan perkara itu kepada DAP untuk memutuskan tindakan sewajarnya diambil.

Lebih memalukan, Tuan Ibrahim juga langsung tidak berani menyentuh mengenai pendirian PAS untuk keluar daripada pakatan pembangkang meskipun kenyataan yang berunsur penghinaan itu telah banyak kali dibuat pemimpin DAP.

Sebaliknya PAS hanya berani mengakui kenyataan Karpal Singh itu boleh merosakkan hubungan baik antara PAS dan DAP selain menjejaskan sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang.

PAS hanya mampu berkata-kata bahawa mereka sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini yang memperlihatkan betapa Karpal Singh gagal memahami perjuangan PAS. Karpal Singh sepatutnya mengemukakan fakta, bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati.


Inilah padahnya apabila berkawan dengan kafir DAP yang dalam diam menikam kawan dari belakang. Terimalah dengan seadanya atas nama halusinasi Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 7, 2013 at 9:07 AM

Presiden PRS Tan Sri James Jemut pun tidak bersetuju dgn cadangan Karpal Singh.Mana mungkin senang2 dibubar persatuan/parti politik yg dah bertahun2 beroperasi dgn agenda2 tertentu nak dibubarkan.Bukan semuanya berniat jahat.Persatuan2 /parti2 berasaskan kaum spt PBB (utk bumiputera Sarawak) ,SDNU (persatuan Dayak Sarawak),Dewan Perniagaan Cina Sarawak,Dewan Perniagaan Dayak,dan sebagainya adalah demi menjaga kepentingan kaum masing2.Selagi mereka tak ada unsur subversif bertentangan dgn Perlembagaan maka tiada sebab ianya dibatalkan.

Parti politik spt Dap yg kononnya mengamalkan parti utk semua kaum lebih bahaya kerana unsur chauvinis kaum tertentu lebih menonjol.Lihat saja apa yg berlaku di Penang.Kaum Melayu dan India yg minoriti tidak diambil peduli oleh kerajaan Dap.Gerai2 kecil org Melayu pun diroboh.Kampung2 Melayu tak diberi peruntukan pembangunan.Jelas Dap lebih perkauman/chauvinis drp UMNO.

Maka berhati2lah dgn niat sebenar Karpal Singh.Beliau tak suka dgn kuasa UMNO,kerana UMNO mewakil kaum Melayu.

Jgn kita jadi barua Dap.Tipu muslihat Dap dicerminkan dgn agenda2 ekonominya.Buka tempat baru tetapi hanya utk kaum yg kaya.Mana kita mampu beli rumah yg berharga setengah juta bagi sebuah rumah teres.Siapa yg mampu?Anda ada jawapannya.

sekadar pandangan 50sen..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger