AHLI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PERTAHAN KHAIRY JAMALUDDIN



Jika Siti Nurhaliza menyelar Khairy Jamaluddin dalam twitter atas dasar mempertahankan FAM, berlainan pula dengan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempertahankan Khairy dan menyalahkan FAM.

Khairy mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN dan turut disokong segelintir ahli Parlimen pembangkang yang mahukan beliau terus bersuara bagi mengangkat martabat bola sepak negara yang semakin merosot.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, teguran Khairy terhadap FAM sewajarnya diberi perhatian serius kerana mutu sukan bola sepak semakin merosot walaupun merupakan sukan paling popular di negara ini.

"Kita mahu kementerian mencari jalan terbaik untuk membangunkan bola sepak negara, soal FAM itu kita mahu Menteri terus bersuara dan lawan habis-habisan demi bola sepak negara.

Manakala menurut Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), kerajaan perlu bertegas terhadap FAM kerana persatuan sukan itu tidak boleh hanya mementingkan soal menjana kewangan sehingga meminggirkan tanggungjawab melahirkan bakat muda bola sepak di peringkat akar umbi.

"Kita melihat bahawa persatuan sukan dalam negara ini ada mainan politik dalaman, ada sifat pilih kasih dan kroni, jadi saya kerajaan perlu mainkan peranan lebih tegas, kalau terpaksa tutup persatuan itu, tutuplah, untuk memberi pengajaran," katanya.

Dalam pada itu, menurut Hanipa Maidin (PAS-Sepang), mutu bola sepak negara di peringkat antarabangsa telah mengalami kemerosotan yang begitu teruk sehingga menduduki ranking bawahan dan jauh ketinggalan berbanding negara Korea Selatan.

Sementara itu, menurut Khairy, biarpun kerajaan tidak boleh campur tangan dalam FAM, beliau tetap akan menegur persatuan itu bagi mewakili suara rakyat yang mahukan pembaharuan dan pembangunan bola sepak diperkasakan.


"Saya tidak akan berhenti beri pandangan, walaupun ada yang mengkritik saya seolah-olah tak perlu bagi kritikan terhadap FAM yang seolah-olah dianggap kebal, walau siapapun mentadbirnya (FAM) kita tetap tegur, kerana kita menegur institusi itu," katanya.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

November 14, 2013 at 12:17 PM

Jangan salah faham bro. Siti bukan mempertahankan FAM daripada ditegur, cuma meminta teguran biarlah berhemah. Jangan menegur dengan cara memperkecil-kecilkan orang lain. Setiap manusia memang ada ego masing2. Menteri juga perlu tunjuk bahawa rakyat memilih beliau sebab kebolehannya, kemampuannya, kelayakannya dan juga kebijaksanaannya menyelesaikan masalah. Menteri yang terlalu vokal sampai biadap dengan orang lain sebenarnya belum memenuhi KPI sebagai menteri.

Anonymous
November 14, 2013 at 12:41 PM

Tak payah nak menyibuk la siti, layan laki lagi baik, kot2 boleh dapat anak. Khairy buat keja dia dan FAM ni pulak satu persatuan yang keras kepala dan tak boleh ditegur. Kita tengok berapa orang yang tegur mendapat hukuman, seperti Shahidan, Raja Ahmad dan paling menyedihkan Datuk Ahmad Basri yang digantung sampai mati, kononnya menurut artikel 88 padahal insan-insan inilah penyumbang terbesar dalam bolasepak negara. Mereka2 yang duduk dalam FAM ni pula samada tak reti buat keja atau tak tahu buat keja. Yang mereka tahu menghabiskan duit rakyat dengan elaun beribu-ribu. Jadi toksah dok campur keja menteri, kalau kita perangai elok tak apa la juga nak tegur orang, ni laki orang pun dok sapu ada hati nak tegur orang. Atau pun ada cita-cita nak dapat Tan Sri dari Presiden FAM..

Anonymous
November 14, 2013 at 2:42 PM

Tegur tak salah tapi cara tak betul...orang bukan heran u nak buat teguran dan u menteri tanggungjawab u...tapi cara u tegur mengundang kontroversi....dalam hal orang lain takde hal tapi persepsi orang pada u...lagi teruk u bawa persepsi pemuda BN sekali......kalau bab Islam dan Melayu kalau KJ boleh jadi jebat macamni kan bagus....ini....sendiri faham lah....kalau nak bawa kapal pemuda BN macam ni.....hanyutla kapal-kapal dengan golongan kalian sahaja......yang rugi tetap UMNO dan BN.

November 14, 2013 at 2:49 PM

Tak yah buat alasan kata bukan nak campur hal fam la siti oi . Ko marah sebab yang kena panggil budak suruhan tu orang pahang. Bos besar fam pon orang pahang gak. Kj nak kena jawab sebab bagi duit rakyat kat fam tapi takde hasil. Bukan senang nak jawab. Tak semudah amik laki orang pastu dapat anugerah

Anonymous
November 14, 2013 at 3:36 PM

yg sokong KJ buta tuli..yg hentam KJ pun sama...Siti ckp tu betul, n KJ pun terima..yg melatah, korang2 nie..adoi..

November 14, 2013 at 3:57 PM

tumpang sekaki..luar tajuk..

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin ada privilege menegur FAM.Contohnya,penjualan tiket final Piala Msia tempohari.Memang patut dikritik sbg "cara zaman jurassic".Gunalah media spt tempahan/pembelian on-line.Taklah ribuan peminat berhimpit2 berebut membeli tiket.Ada yg datang ke stadium subuh lagi! mashallah.

Khairy seorg muda,memegang jawatan utk golongan muda/belia dan sukan.Maka beliau wajib memberi contoh yg releven.Terpaksalah ikut kehendak keadaan.Jika majlis menghendaki beliau menimang raga terpaksalah buat.Kalau diperlukan menyanyi terpaksa juga menyanyi.Mujurlah Khairy tak kekok dgn kegiatan sukan.

Khairy cuba membawa perubahan positif kpd sukan negara termasuklah bolasepak.Kita perlu menyokong rancangan/program yg beliau sarankan.Cuma kadang2 tindakan beliau tidak menyenang hati setengah pihak.Orang mengkritik tindakan Khairy bukan tak suka dgn Khairy.Khairy mesti ingat bahawa jawatan menteri bukanlah "paspot" utk beliau mengkritik persatuan dgn selamba aje.Kita ada adap.Tak rugi jika diaplikasi sopan santun.

Elok juga org2 muda ambil iktibar dari "insiden" terlepas suara.Kita pun semakin tua.Lihat saja wajah kita 10 tahun akan datang.Pd masa itu yg belia dah jadi golongan tua!

sekadar pandangan 50sen

November 15, 2013 at 1:48 AM

KJ kena bijak dn beradab!!

Sbagai menteri, dia boleh angkat talipon bila2 masa n call Presiden FAM > settle problem!!

Tapi pd masa yg sama, dia (sbgai ketua pemuda dn rakyat biasa) sdg brhadapan dgn Kbwh Duli
Sultan, dn dia wajar menunjukkn tauladn yg baik kpd golongan muda.

Maka tu pandai2lah mengimbangi dua situasi ni > asalkan hasilnya positif dn tk salah kalo kita ambik pendekatan 'menarik rambut di dalam tepung' > rambut dpt ditarik dn tepung tk berselerak!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger