ADA LAGI PEMIMPIN PKR SABAH YANG AKAN KELUAR PARTI?


Kelmarin, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad telah mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN kerana tidak yakin parti itu mampu menunaikan janji membela rakyat.

Dijangkakan akan ada lagi pemimpin PKR Sabah yang akan mengambil keputusan yang sama ekoran perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan PKR Pusat.

PKR Sabah kini dilihat semakin goyah apabila seorang lagi pemimpin PKR yang merupakan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan meluahkan rasa tidak senang dengan kepemimpinan pusat parti itu.

Beliau berasa sangat tidak selesa dengan tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya kerana mempersoalkan tentang pemimpin PKR Sabah yang tidak dipilih sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri Sabah, sedangkan terdapat empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen daripada PKR Sabah.

Katanya, bukan jawatan tertinggi sahaja tidak diberikan kepada pemimpin PKR negeri malah jawatan Timbalan Pengerusi majlis tersebut juga diberikan kepada orang lain.

"Saya rasa tidak bersalah kerana semua itu dilakukan hanya untuk meluahkan pendapat dan pendirian saya sahaja. Adakah tindakan seumpama itu pun mahu dikenakan surat tunjuk sebab.


Menurut Jelani, perkara seumpama itu tidak selaras dengan nama parti Keadilan sendiri yang mahu memberi keadilan kepada semua orang termasuk hak bersuara.

Ditanya sama ada beliau akan bertindak keluar parti ekoran isu tersebut, Jelani tidak menolak kemungkinan berbuat demikian kerana berasa sangat tidak selesa dengan cara kepemimpinan yang ada pada masa ini.

Jelasnya, perkara yang berlaku kepadanya itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak kena dengan prinsip parti dan menafikan hak untuk bersuara di dalam parti.

Tambahnya, dia dan pemimpin PKR negeri yang lain tidak tergores hati dengan keputusan kepimpinan pusat itu tetapi khuatir dengan pandangan rakyat terhadap kredibiliti mereka dan seolah-olah pemimpin PKR negeri bertaraf rendah.


Nampaknya PKR Sabah akan bungkus selepas ini akibat ketidakadilan yang ditunjukkan PKR Pusat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger