TONY PUA KINI MULA DISERANG


Kata-kata biadab Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO terus dikecam banyak pihak.

Kata-kata Tony Pua itu secara tidak langsung merujuk kepada orang Melayu. Inilah wajah sebenar DAP di mana dalam Pakatan Pembangkang telah mempergunakan orang Melayu dalam PAS dan PKR sebagai alat untuk mencapai kepentingan politik mereka dalam menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali menyelar sikap tidak profesional dan bodoh sombong pemimpin DAP itu sebagai sifat yang mencerminkan dirinya sendiri dan parti terbabit.

Pada kebiasaannya pihak yang memburukkan atau menggelar pihak lain sebagai anjing pada hakikatnya menunjukkan dirinya yang sebenar.

Sehingga kini Tony Pua belum lagi memohon maaf mahupun menunjukkan ke arah itu. Namun, ianya tidak akan menjadi kenyataan kerana sikap biadap pemimpin DAP itu yang terkenal dengan angkuh dan sombong.

Sebelum ini, Tony Pua menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.

Perumpamaan sedemikian seolah-olah sengaja ditujukan kepada orang Melayu, memandangkan hampir 99 peratus orang Melayu dalam ROS dan Utusan Malaysia.

Perkara itu memang sengaja ditimbulkannya hanya untuk ditujukan kepada orang Melayu sekali gus menggelar seluruh orang Melayu dalam negara ini sebagai anjing.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu bagi parti tersebut kerana sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menggelarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai anjing kepada kerajaan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan Tony itu berikutan kenyataan biadabnya yang boleh membawa perselisihan faham pihak lain.

Apa yang dilakukan itu merupakan satu ancaman yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu beragama Islam kerana menyamakan mereka dengan anjing.


Melihat kepada keadaan politik yang diamalkan DAP, jelas sikap Tony Pua dan DAP kini mula bermain api perkauman yang sebenarnya menjadi agenda terancang DAP.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger