SAH PORTAL PROPEMBANGKANG THE MALAYSIAN INSIDER PEMBUAT DAN PENYEBAR FITNAH


Ketegasan anak bekas Perdana Menteri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir jelas terpancar apabila beliau telah memberikan amaran supaya portal akhbar online propembangkang, The Malaysia Insider memohon maaf dengan segera atau menghadapi tindakan saman.

Pertimbangan ini dibuat berasaskan keperluan dan bukannya untuk meraih simpati ketika menjelang pemilihan Naib Presiden UMNO yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini portal The Malaysia Insider didakwa telah menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya dengan mengatakan Mukhriz mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Mukhriz menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang itu dan telah memberikan amaran tegas supaya meminta maaf atau menghadapi tindakan undang-undang.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10.00 pagi tadi (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya dengan nada tegas.


Dengan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik artikel itu jelas menggambarkan bahawa The Malaysian Insider penyebar fitnah dan segala macam berita yang disiarkan portal propembangkang itu adalah palsu dan bohong. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 19, 2013 at 9:07 PM

suratkabo cina mmg mcm tuu...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger