RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN JENAYAH 2013 DILULUSKAN


Berdepan dengan beberapa karenah pemimpin Pakatan Pembangkang yang terkenal dengan mempertahankan hak asasi manusia biarpun terpaksa menyokong penjenayah menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertungkus lumus menerangkan kenapa Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 wajar diterima dan diluluskan?

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.

Tepat jam 12.50 pagi (Khamis) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 telah berjaya diluluskan, setelah perbahasan berlarutan sejak pukul 11.30 pagi (Rabu).

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan, kedua-dua pihak, penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan berhubung perkara tersebut.

Sebelum itu, rang undang-undang berkenaan telah dibacakan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 September lalu.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan di peringkat dasar, Ahmad Zahid berkata, proses pindaan rang undang-undang itu turut melibatkan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara serta pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri secara terperinci.


Alhamdulillah akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 berjaya diluluskan dan ini dijangka mampu menyelesaikan kes-kes jenayah di Malaysia yang kini dikhuatiri dalam tahap membimbangkan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger