#PRKSgLimau UNDI PAS BERMAKSUD MEMBERI UNDI KEPADA ANWARINAS DAN MENYOKONG ANWAR


PRK DUN Sungai Limau bukan hanya menyaksikan BN bersaing dengan PAS sebaliknya BN bersaing dengan kelompok Anwarinas (kumpulan Anwar) atau Pakatan Pembangkang.

Mungkin ramai yang tidak atau lupa kelompok Anwarinas, tetapi mereka tidak lupa bahawa di belakang PAS bukan Abdul Hadi Awang atau Lim Guan Eng, tetapi Anwar Ibrahim. Sehingga kini golongan Anwarinas sering memperkudakan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-citanya.

Cita-cita Anwar mahu menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam dan sebab itu sering mengambil peluang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak seperti mana yang dibuatnya sekarang yang memperlekehkan Bajet 2014 yang dibentang kerajaan BN.

Masihkah anda ingat suatu masa dahulu di mana akhbar rasmi Harakah pernah melabelkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hanya menjadi nelayan?

Sebelum PAS bekerjasama dengan PKR, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah Anwar Ibrahim terhadap golongan ulama dalam PAS. Atas sebab itu, Azizan tidak berapa rapat dengan Anwar Ibrahim biarpun PAS mengambil keputusan bekerjasama dengan PKR.

Menurut Zainuddin Maidin dalam tulisan di blognya http://zamkata.blogspot.com menceritakan bagaimana sikap Azizan terhadap Anwar ketika itu.


Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orang ramai apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku "Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu, seorang penulis beberapa buah buku terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang-orang Umno tempatan dan mereka tidak hadir bersama saya kecuali beberapa orang pegawai JASA.

Mereka hairan bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihan raya di kawasan Sungai Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihan raya. Ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calon yang kalah.

Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbok, Azizan  menyatakan bahawa beliau hadir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:

* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:

* "Zam adalah kawan saya."

Kami sama-sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.

Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu  ditanya oleh Azizan kenapa saya berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM.

Saya menjawab "Maaf Datuk, saya bukan lagi menteri penerangan"  dan beliau ketawa. Memang benar pandangan Azizan, perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.

Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar. Maka itu Anwar tidak mengunjungi Azizan ketika sakit di hospital.

Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya.

Maka itu sebagai mengenang jasanya dan menghormati Allahyarham yang mahu dianiayai oleh orang Anwar sendiri dalam PAS di Kedah, penduduk Sungai Limau mestilah menolak calon PAS di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu.

Satu undi kepada calon PAS di Sungai Limau bererti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam PAS.



Inilah masa terbaik untuk penduduk Kedah di DUN Sungai Limau berhijrah ke arah yang lebih baik dan keluar daripada kepompong kemiskinan dan pinggiran pembangunan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger