#PRKSgLimau TEKS BACAAN KHUTBAH JUMAAT HANYA DISEDIAKAN MAIK


Ini merupakan arahan tegas kepada mana-mana masjid yang terletak di bawah negeri Kedah termasuk di DUN Sungai Limau.

Sebagai mematuhi titah YTM Tuanku Bendahara selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan semasa Sidang DUN Ogos 2013, mana-mana masjid di Kedah termasuk di DUN Sungai Limau HANYA boleh membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sahaja.

Susulan dengan itu HANYA khatib yang telah dipertanggungjawabkan sahaja yang boleh membaca khutbah Jumaat dengan teks yang disediakan MAIK.

Untuk itu, mana-mana khatib jemputan yang berhajat untuk menyampaikan khutbah di Kedah adalah TIDAK dibenarkan.

Ini bertujuan mengelak daripada penggunaan masjid sebagai tempat berpolitik.

Difahamkan PAS akan mengambil alih urusan solat Jumaat di semua masjid di DUN Sungai Limau dengan tujuan kempen PRK. Selain cubaan mengambil alih, PAS juga sudah menyediakan teks khutbah yang mempunyai agenda politik.


Justeru, rakyat di DUN Sungai Limau boleh merakam bacaan teks khutbah sebagai bukti berlaku ketidakpatuhan kepada titah arahan DYMM Tuanku.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger