#PRKSgLimau KEMESRAAN SEMASA PENAMAAN CALON BN-PAS BUATKAN DAP MARAH


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Limau hari ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi melampau daripada ahli-ahli parti UMNO mahupun PAS.

Bahkan proses penamaan calon yang dibuat seawal jam 9.00 pagi itu menyaksikan calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim datang awal dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan. Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Manakala, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat dengan diiringi beberapa pemimpin PAS dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali datang ke tempat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan.

Selesai menyerahkan borang pencalonan, kedua-duanya yang juga merupakan anak jati Sungai Limau bergambar sambil bersalaman tanda persahabatan.


Sementara menunggu pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Sungai Limau, Abdul Rashid Othman mengumumkan calon-calon muktamad yang akan bertanding, kedua-dua calon BN dan PAS itu sempat duduk semeja untuk bersarapan pagi.

Jam 10.25 pagi pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN dan Mohd Azam Abdul Samat dari PAS layak untuk bertanding bagi merebut ADUN N.20 Sungai Limau.


Selepas itu, bermulalah kempen kedua-dua calon BN dan PAS itu dalam suasanan aman dan makmur.


DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus daripadanya adalah pengundi muda dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian, pada 4 November ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger