#PRKSgLimau PELUANG MAT SABU SYIAH PERTAHANKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS SEMAKIN TIPIS


Ketika kebanyakan pemimpin PAS Pusat berkampung di DUN Sungai Limau dalam menghadapi PRK, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu ‘sibuk’ mencaturkan masa depan politiknya dengan merancang strategik bagi memenang dan seterusnya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden bersempena dengan Muktamar PAS Ke-59.

Muktamar PAS Ke-59 yang akan diadakan pada 22 November depan bakal menyaksikan persaingan lima penjuru dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang kini disandang oleh Mat Sabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi telah mengumumkan lima calon yang layak bersaing merebut jawatan tersebut ialah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu (penyandang), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kita menerima enam pencalonan, tetapi hanya lima pencalonan sahaja yang memenuhi kriteria,dan layak bertanding.

Manakala, 10 orang calon akan bersaing sesama sendiri dalam merebut 3 jawatan Naib Presiden yang kini disandang oleh Salahuddin, Husam dan Mahfuz Omar.

Antara calon-calon yang akan merebut 3 jawatan Naib Presiden ialah Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu sebanyak 134 borang pencalonan diterima daripada kawasan di seluruh negara bagi merebut jawatan utama kepimpinan PAS, tetapi  103 borang sahaja yang sah manakala 31 lagi ditolak.


Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, AJK pemilihan parti turut memilih tujuh pencalonan diterima bagi jawatan ketua Pemuda namun hanya enam yang layak bertanding.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger