#PRKSgLimau PAS ANGGAP PERBAIKI NASIB RAKYAT SEBAGAI SATU DOSA


Berhijrah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tidak salah dan sebaliknya Islam menggalakkan setiap umatnya bertindak bijak dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Itulah yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi dan rakyat di DUN Sungai Limau supaya tidak berasa terikat atau berdosa untuk berhijrah kepada kehidupan lebih baik dengan mengundi BN pilihan raya kecil kawasan itu Isnin ini.

Sebagai tidak senang dengan kenyataan Muhyiddin Yassin itu, ada penceramah PAS menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya apabila menyeru pengundi-pengundi kawasan tersebut supaya tidak mengundi BN kerana kononnya ia berdosa.

Lebih mencemarkan imej PAS ialah penceramah itu tidak mempunyai latar belakang agama dan boleh bercakap sedemikian rupa. Begitu pun golongan ustaz-ustaz dan tok-tok guru dalam PAS tidak berkata apa-apa seolah-olah mulut mereka dikunci.

Sudah menjadi amalan sesetengah pemimpin, penyokong atau penceramah PAS menjatuhkan hukum sesuka hati sehingga sanggup mengatakan ungkapan itu boleh dijadikan fatwa.

Persoalan kini apakah kehadiran seseorang atau mana-mana pihak menawarkan satu perkara untuk kebaikan rakyat dan ummah dianggap satu dosa? Kitab mana yang mereka baca, hadis mana yang mereka rujuk atau fatwa siapa yang mereka ikut sebelum berkata demikian?

Rakyat harus melihat dan memahami memperkenalkan tagline 'Berani Berhijrah' dalam kempen pilihan raya kecil tersebut bagi meyakinkan pengundi-pengundi Sungai Limau bahawa mereka tidak harus berada dalam kedudukan sekarang dengan membiarkan PAS sekadar menguasai kerusi DUN itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Mengubah kehidupan seorang hamba Allah dan umat Islam kepada lebih baik bukanlah satu dosa, itulah yang ingin dilakukan oleh BN tetapi penceramah PAS menganggap mengundi BN adalah satu dosa.

Inilah sikap PAS, mereka bersedia membenarkan apa sahaja asalkan matlamat politik mereka khususnya memenangi mana-mana kerusi dalam pilihan raya tercapai. Mereka tidak kisah kalau ada penceramah mereka mengeluarkan fatwa atau dakwaan yang bukan-bukan, apa yang penting menang pilihan raya.

Dalam berhadapan situasi ini, pengundi-pengundi Sungai Limau perlu berfikiran terbuka untuk memikirkan apakah benar berdosa mengundi BN sedangkan selama ini BN yang ditunjangi UMNO bertanggungjawab meningkatkan taraf hidup dan imej umat Islam di Malaysia.
BN ingin mengubah kehidupan rakyat Sungai Limau bukanlah melalui niat, doa atau slogan semata-mata sebaliknya ia akan diiringi dengan usaha dan tindakan, kemudian barulah menyerahkan kepada Allah SWT menentukan kesudahannya.

Apakah bukan satu dosa, apabila perjuangan Islam lebih banyak bersandarkan kepada slogan dan retorik tetapi tiada usaha dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam?


Oleh itu, biarlah mana-mana penceramah PAS hendak berkata apa pun apatah lagi kalau kita memahami yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu baru hendak mengenali kehidupan sebenar seorang muslimah. Biarlah ia terpekik terlolong atas pentas ceramah apa yang penting BN harus meneruskan misi meyakinkan pengundi Sungai Limau untuk mengundi parti itu kerana niat yang baik pasti diberkati Allah SWT.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 29, 2013 at 12:29 PM

Motto PAS baru..Matlamat Menghalalkan Cara

Anonymous
October 29, 2013 at 1:19 PM

Tak nampak pun geng geng ulama Pas kat sg.limau kali ni.......turun last menet kot !

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger