#PRKSgLimau MAHFUZ KECAM ANWAR IBRAHIM DAN AZMIN ALI DALAM ISU GST


Kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengenai cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mencerminkan pendirian sebenar Pakatan Pembangkang.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, keputusan yang dicapai oleh Pakatan Pembangkang iaitu GST membebankan pengguna itu masih kekal.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR berhubung pelaksanaan GST yang diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 Jumaat lepas.

Persoalan kenapa sekarang Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berbeza pendapat dengan PAS dan Pakatan Pembangkang?

Anwar ketika menyampaikan ucaptama dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 semalam berkata, bantahan Pakatan Pembangkang terhadap pelaksanaan GST tidak bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu tetapi terhadap kesediaan negara dalam melaksanakannya.

Anwar yang juga Penasihat PKR turut mengaku sistem percukaian itu satu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam pula menjelaskan, Pakatan Pembangkang tidak pernah menolak GST selain mengakui sistem itu telus, efisien serta mampu memberi kebaikan kepada ekonomi negara dalam jangka panjang.

Untuk rekod, GST akan hanya dilaksanakan bermula April 2015 pada kadar enam peratus.


Cukai itu akan dikecualikan terhadap barangan keperluan asas seperti makanan dan pelaksanaannya akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan secara berasingan sekarang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 1, 2013 at 9:35 AM

Bila pemimpin yang berkelulusan LCE bercakap tentang ekonomi negara. Apa pandangan anda?????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger