#PRKSgLimau ITU BENDERA SYIAH?


Di kesibukan semasa hari penamaan calon semalam, terdapat satu keraguan berhubung satu bendera yang berwarna hitam dan dipasangkan di tingkat paling tinggi berbanding bendera PAS.

Menurut mereka yang berada di tempat penamaan calon, bendera yang berwarna hitam itu dan mempunyai tulisan jawi itu telah menghantui seberapa ramai penyokong BN mahupun PAS sendiri.

Lebih mencemarkan imej PAS pada waktu itu ialah ada di kalangan wartawan yang secara terus mengesyaki itu bendera Syiah.

Ini kerana selama beberapa ketika ini PAS sering dikaitkan dengan Syiah dan secara terus perkataan Syiah terkeluar dari kalangan mereka yang hadir.

Namun, bagi Pengarah PAS PRK Sungai Limau ini, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan itu bukan fahaman Syiah, tetapi semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong Pakatan Pembangkang.


Sebaliknya, Amiruddin  menjelaskan itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger