#PRKSgLimau BAJET PAKATAN PEMBANGKANG BAJET LUPA JANJI


Selepas kerajaan BN pembentangan Bajet 2014, GST telah dijadikan topik hangat Pakatan Pembangkang dalam usaha menjadi hero kepada rakyat biarpun menyedari pelaksanaan GST itu akan membolehkan rakyat kurang membayar cukai daripada 10% kepada 6% sahaja.

Namun, kerajaan pastinya akan menjelaskan kepada rakyat dengan ulasan yang bersahaja dan mudah difahami bagi memberikan pemahaman yang betul kepada rakyat.

Ini sekali gus menidakkan fitnah dan kenyataan bersifat negatif Pakatan Pembangkang terhadap GST.

Jika Pakatan Pembangkang melihat Bajet 2014 BN dikatakan bersifat menindas rakyat, Bajet Alternatif milik Pakatan Pembangkang mempunyai ceritanya tersendiri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong menyifatkan bahawa Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang sebagai bajet yang mengaburi mata rakyat.

Dengan cara membandingkan Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang dengan kandungan manifesto Pakatan Pembangkang PRU-13 pada 5 Mei yang lalu, jelas menunjukkan Pakatan Pembangkang sebenranya mungkir janji.

"Pada  PRU-13 5 Mei, Pakatan Pembangkang lancarkan manifesto mereka yang mengatakan kalau mereka jadi kerajaan mereka akan melaksanakan pelbagai janji.

"... tetapi kalau kita buat perbandingan antara Bajet Alternatif yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang ia jelas menunjukkan bahawa manifesto mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat dan semata-mata untuk meraih undi.

Antara alasan yang boleh menyokong bahawa Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang itu mungkir janji ialah mereka mengatakan hendak mansuh tol, mengurangkan harga kereta, turun harga minyak, mereka akan bagi RM1000,00 kepada semua warga emas dan telah menjanjikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus.

Bagaimanapun semua janji Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas satu  pun tidak ada dalam kandungan Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang.


Perbandingan ini menampakkan bahawa Bajet Alternatif dan Janji-Janji PRU-13 Pakatan Pembangkang hanya untuk meraih undi dan bukannya membantu rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 31, 2013 at 8:36 PM

Aku nak tergelak terguling2 ni. Kenapa pula PR ni nak tunjukan Budgetnya. Apa gunanya? Kenapa pula nak dibandingkan dgn Budget Kerajaan? Itu lah masalahnya. Kalau dah bodoh tu bodohlah jawapnya. Tak malu ke? Janganlah layan sangat Budget pembangkang ini. Tak ada maknanya. Kalau dilayan orang bodoh ni, kita pun jadi bodoh. Di US pun tak ada shadow budget untuk Obama.

Kalau GST jadi topik nak jatuhkan kerajaan, itu adalah bodoh juga namanya. Depa tau ke GST tu apa? Cadangan dari BN atau Najib sendiri punya ke? GST ni dah lama ujud dan dipakai banyak negeri diluar Malaysia. Setakat ini tak ada satu negara pun yang membantah dan menyalahkan GST bahkan mereka diluar negara itu mengalu2kan supaya Malaysia gunapakai GST supaya perdagangan jadi mudah dan transparent. Jadinya jika mereka menentang GST ia bermakna menentang dan menolak GST diluar negara juga. Mereka memalukan dan memperkecilan pakar2 ekonomi dunia yang telah lama membuat kajian dan perlaksanaannya. Cumakan Malaysia sj yang dilarang untuk mengguna pakai oleh para pembangkang. Celikan pegetahuan anda terhadap perkara ekonomi negara jika mahu bercakap pasal GST. Kadang2 aku heran PR ini, bila ada perkara baik yang dibentangkan oleh kerajaan, atas dasar politik PR yang membangkang ia menjadi kerugian yang teramat2 lah rugi. Bodohlah rakyat dibuatnya. Patutnya jika ada benda baik untuk rakyat sokonglah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger