#PRKSgLimau ABBY ABADI: TOLONG JANGAN FITNAH SAYA DAN SUAMI


Kecoh seketika di laman blog apabila sikap ahli PAS seumur hidup Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Lebih memalukan apabila Abby dikatakan melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka berdua rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Seperti biasa Abby menafikan perkara ini dan menyifatkannya sebagai fitnah politik terhadap dirnya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.


Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 30, 2013 at 1:02 PM

Kau org tak faham,keinsafan dan kembali kepada Islam hanya bila kita menganggotai Pas,bukan selain dari itu.Jadi kalau nak control suami ke apa itu tak jadi hal,selagi kita jadi ahli Pas dan kutok Umno.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger