Tuesday, October 22, 2013


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi BN telah mengumumkan calon BN yang akan bertanding atas tiket BN dalam menentang calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau.

Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini.

Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, dibuat berdasarkan kelebihan beliaunya yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Manakala, di pihak PAS, Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, adalah calon PAS yang akan berhadapan dengan BN-UMNO.

Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru.

Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK DUN Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas. 

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!