PINDA PERLEMBAGAAN NAIB PRESIDEN PKR CUBA AMBIL HATI RAKYAT SABAH DAN SARAWAK




Menjelang PRN Sarawak Ke-11 akan datang dan cubaan untuk ‘mendapatkan’ Sabah, PKR sedang cuba meminda perlembagaan parti itu dalam Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2013, November ini untuk diluluskan bagi memberikan ‘kuasa’ lebih banyak kepada Sarawak dan Sabah.

Ketua Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti, Tan Yee Kew berkata antara cadangan pindaan Perlembagaan yang dirangka ialah memberi beberapa keistimewaan terutama dari segi jawatan dengan memberikan satu jawatan kerusi Naib Presiden untuk calon dari salah sebuah negeri berkenaan.

"Kita memberikan status dan kedudukan lebih ketara kepada Sabah dan Sarawak...sebagai contoh daripada tiga orang naib presiden yang dilantik, seorang hendaklah dari Sabah atau Sarawak.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Sabah dan Sarawak adalah ahli Biro Politik secara automatik...ini merupakan satu kedudukan istimewa yang (bakal) diberikan kepada pengerusi majlis pimpinan di kedua-dua negeri itu, pengerusi di negeri lain tak ada status seperti ini

Pada masa sekarang, ketiga-tiga jawatan Naib Presiden dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran.

Persoalan sekarang apakah ketiga-ktiga Naib Presiden PKR sekarang bersetuju dengan cadangan Tan Yee Kew? Umum mengetahui ketiga-tiga Naib Presiden sekarang merupakan ‘hardcore’ dan suara kepada imej PKR.

Selain jawatan Naib Presiden, kedua-dua negeri itu turut diberi kuasa memutuskan calon-calon untuk jawatan politik, termasuklah barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), anggota Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya, kecuali keputusan ditolak Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Tan Yee Kew juga turut memberikan bayangan bahawa akan banyak lagi pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan PKR akan terus diterima rakyat dan bersaing dengan DAP yang kini dilihat mendominasi Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger