PENYOKONG SARAWAK KECEWA DENGAN SIKAP ANGGOTA RELA, POLIS DAN PEGAWAI PERSATUAN BOLA SEPAK SARAWAK


Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sewajarnya belajar daripada Persatuan Bola Sepak Pahang bagaimana mahu menguruskan kehadiran penonton pasukan pelawat seperti penyokong Pahang (Elephant Army).

Ketika separuh akhir pertama di Kuantan, Pahang, penyokong Sarawak telah diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh Persatuan Bola Sepak Pahang. Atas sebab itu, tiada insiden buruk yang menimpa penyokong pasukan Sarawak semasa di Stadium Darul Makmur.

Malah, penyokong Pahang telah datang ke arah penyokong Sarawak dengan bersalam-salaman dan menyanyi bersama tanda persaudaraan.

Tetapi, apabila mereka (penyokong Pahang) datang ke Sarawak bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua, mereka tidak diurus dengan betul oleh FAS selaku persatuan bola sepak negeri.

Jangan hanya ingatkan keuntungan maka segala macam peranan dan tugas mereka diketepikan.

Apakah wajar penyokong Pahang diletakkan di bahagian hujung tempat duduk berbumbung (Gate B) di mana bersebelahan dengan tempat duduk penyokong pasukan Sarawak yang duduk di tempat terbuka? Kenapa tidak diberikan tempat duduk di hujung bersebelahan Grandstan?

Lebih memburukkan keadaan apabila penyokong Pahang dilemparkan dengan balingan botol oleh sebahagian penyokong Sarawak yang fanatik, tiada seorang pun anggota polis, RELA mahupun pegawai FAS yang berani memberikan arahan supaya berhenti.

Malah, anggota RELA dan polis yang ditugaskan mengawal dan menjaga keselamatan penyokong Pahang hanya berdiri tegak dan sebarang inisiatif. Nampaknya anggota polis dan RELA tersebut seolah-olah tiada pengalaman dalam mengawal insiden di stadium.

Satu penghargaan kepada beberapa penyokong Sarawak yang mengambil inisiatif dengan menggerakkan penyokong Pahang untuk beredar ke kawasan selamat sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.

Diakui bukan semua penyokong Sarawak marah kepada penyokong Pahang kerana dalam bola sepak ada menang dan kalah. Tetapi, diakui di setiap tempat ada penyokong yang tidak dapat mengawal emosi lalu berbuat perkara yang di luar pemikiran rasional.

Tahniah juga kepada penyokong Pahang yang telah sama-sama menyanyikan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku dengan sama-sama berdiri bagi menghormati lagu kebesaran negeri Sarawak.

Juga, turut sama menyanyikan lagu penyokong Sarawak dengan diubahsuai sedikit bagi menunjukkan penyokong Pahang dan Sarawak bersaudara.


Jika FAS didenda akibat kekecohan yang berlaku dalam perlawanan Pahang dengan Selangor, terimalah seadanya kerana ternyata pengurusan FAS dalam isu keselamatan penyokong sangat lemah. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 28, 2013 at 10:29 AM

bilamasa anggota RELA pandai mengawal ensiden dalam skala besar spt dlm ribuan penyokong bolasepak?? mereka hanya pandai makan elaun buta saja. Kalau stakat tangkap PATI, serbu pelacur memang mereka sangat layak.
Ada jugak PIBG skolah mendapatkan khidmat rela ni dipintu pagar sekolah semasa pelajar masuk dan balik dari sekolah. Tau mereka buat apa? hanya duduk atas perhentian bas sambil berbual, hisap rokok semasa bertugas. Pakai uniform? tak payah nak cakap..berserabut! rambutnya...janggutnya..macam haram jadah...cukup bulan ambik elaun!

Anonymous
October 28, 2013 at 11:14 AM

Tak payah serabut kepala..dah negara aman damai cam gitulah..ada syarat aje RELA tu..cuba kalau negara huru hara..tak sempat RELA nak bersantai santai silap silap RELA yang kena bantai..so abai aje le..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger