PENGERUSI UMB BN SARAWAK KALAH DALAM PEMILIHAN NAIB KETUA PEMUDA PBB SARAWAK


Sebelum ini jawatan Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak yang disandang Pengerusi Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak, Abdul Aziz Adenan dibuat atas lantikan khas, tetapi dalam pemilihan parti kedua tertua di Sarawak, PBB beliau yang mencuba nasib bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda PBB kalah kepada YB Ripin Lamat, ADUN Lambir.

Abdul Aziz yang memegang undi nombor 4 bagi jawatan Naib Ketua Pemuda PBB tewas dengan perbezaan undi sebanyak 128 undi dengan hanya memperoleh undi sebanyak 48 undi berbanding 170 undi yang diterima Ripin Lamat. Manakala dua lagi pencabar Halmi bin Morshidi daripada pasukan gelombang biru hanya memperoleh 20 undi dan Haidel yang sama kem dengan Abdul Aziz hanya memperoleh 8 undi.

Selain jawatan Naib Ketua Pemuda, Aziz Adenan juga turut mencuba nasib dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB Sarawak, namun menarik diri pada saat akhir berikutan cabaran yang bakal diterimanya terlalu sengit.

Pertandingan jawatan Pemuda PBB Sarawak kali ini sangat meriah dengan ramai di kalangan Pemuda PBB di seluruh Sarawak mencuba nasib dalam merebut jawatan yang dipertandingkan sehingga muncul pasukan Gelombang Biru, Gelombang Perpaduan dan tidak kurang juga Gelombang RAP.

Terdahulu, jawatan Ketua Pemuda PBB Sarawak telah dimenangi Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadilah Yusuf yang menang tanpa bertanding.


Kekalahan Abdul Aziz ini juga secara tidak langsung menggugat kedudukannya sebagai Pengerusi UMB BN Sarawak yang sebelum ini sering dilanda kontroversi. Menjadi kebiasaan jawatan itu akan disandang oleh mereka yang berada dalam Exco Pemuda PBB khususnya Ketua Penerangan.

Apakah hala tuju Abdul Aziz dalam karier politiknya selepas kekalahan dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak? Lebih menyedihkan Abdul Aziz tidak terlibat dalam mana-mana jawatan Pemuda PBB di peringkat cawangan mahupun ranting.  

Menjadi kebiasan ada jawatan dalam Pemuda PBB Sarawak ini yang akan dibuat secara lantikan. Namun, dengan mengambil kira undi yang diterima Abdul Aziz ini membuatkan dirinya tidak layak untuk dilantik dalam mana-mana jawatan dalam Pemuda PBB Sarawak. Begitupun, hanya Ketua Pemuda PBB Sarawak sahaja yang layak membuat keputusan dan diharapkan ianya tidak akan berlaku bagi memberi peluang dan ruang kepada mereka yang menang atau ‘mereka’ yang benar-benar layak menjawat jawatan itu tanpa sebarang kontroversi.

Dengan keputusan dibuat pada jam 7.16 malam bertempat di bilik Borneo Convention Center Kuching (BCCK) segala teka-teki mereka yang memegang jawatan dalam Exco Pemuda PBB Sarawak telah terjawab.


Diharapkan Exco Pemuda PBB Sarawak yang baharu ini akan sentiasa bersiap sedia dengan cabaran yang bakal dihadapi mereka khususnya menjelang PRN Sarawak Ke-11 akan datang di samping strategi DAP dan PKR yang kini sudahpun menular di kawasan luar bandar. 
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
October 19, 2013 at 4:33 AM

Bah. Pertama:

Biodata YB Ripin Lamat begitu mengkagumkan, di http://www.sarawakpage.com/2011/03/28/yb-datuk-aidan-wing-n-62-lambir/ , tetapi yg. kalah, jgnlah putus asa, teruslah berjuang mempertahankan Islam/umatnya dan hak Bumiputera; ini bukan perjuangan peribadi. Saya amat berharap pemimpin-pemimpin parti-parti Bumiputera Sabah dan S'wak juga sering mengunjung Semenanjung dan bertukar lawatan, supaya lebih dikenali di seluruh Malaysia. Juga lebih banyak drama dan filem tentang kaum Bumiputera Sabah dan S'wak, serta kpg. Bumiputera Orang Asli!

Apalagi, Sarawak dan Sabah, dan perkampungan Orang Asli, memang mahu DIKRISTIANkan oleh puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR , kerana malangnya undi kepada DAPBANGKAI/PKR termasuk di Sabah dan Sarawak (yang amat kaya minyak-gas apalagi dengan penemuan terbaru) tidak mustahil akan meningkat bukan hanya dari kaum Cina, tetapi dengan MENGKRISTIANkan seramai mungkin, dan MENGHASUT masyarakat Kristian termasuk Bumiputera miskin di pendalaman, contohnya kaum Penan, Orang Ulu, Rungus, Iban dsbnya, termasuk dgn. menggunakan isu Kalimah ALLAH. Sebab itu juga puak Kristian Zionis begitu mengagungkan kembali sejarah si PENJAJAH British-Zionis, 'Rajah' Brooke!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous
October 19, 2013 at 4:34 AM

Bah. kedua:

Lihat pembangunan pesat di Bintulu yg. menyebabkan harga hartanah melonjak tinggi dan juga dicekup ramai orang luar (saya syaki dimonopoli penyokong dr. DAPBANGKAI/PKR tempatan dan luar, dan sekutunya dr. rejim PAP S'pura - disyaki akan menaikkan undi kpd. DAP di masa hadapan; ini disyaki antara MO DAPBANGKAI/PKR utk. MENJAJAH). Apakah Bumiputera miskin dr. kpg, termasuk yg. Islam, akan diberi peluang utk. memilii hartanah sedemikian - jgn. haraplah! Juga kebakaran yg. amat yg. sering menimpa kpg-kpg. di Bintulu spt. Kpg. Masjid, Kpg. Datuk, Kpg. Datu, Kpg. Hilir dsbnya - saya syaki MO Geng Kongsi Gelap Cina utk. MERAMPAS tanah kerana mereka terlibat dlm. pelaburan hartanah (lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013), yg. disyaki bersekutu dgn. DAPBANGKAI (termasuk disyaki utk. RAMPAS tanah PUSAKA Bumiputera dan MENGHALAU terutamanya Bumiputera Islam/Melayu! Inilah juga yg. menimpa banyak kpg-kpg Bumiptera terutamanya yg. Islam, di Miri, Kucing dsbnya.

Dan lihat hartanah harga tinggi, yg amat MENCURIGAkan ini, di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/10/Ibraco-gets-nod-for-Bintulu-property-project.aspx, Ibraco gets nod for RM530mil Bintulu project , by jack wong, October 10, 2013:

KUCHING: Property developer Ibraco Bhd has obtained the green light from shareholders to go ahead with its ambitious joint-venture (JV) residential and commercial development project in booming industrial town Bintulu.

The two-phase development has a gross development value (GDV) of some RM530mil.

Ibraco’s 70%-owned subsidiary, Ibraco HGS Sdn Bhd, together with BDA Properties Sdn Bhd and Warisar Sdn Bhd, are partners in the JV project.

BDA Properties is 100%-owned by Bintulu Development Authority. Hiap Ghee Seng Development Sdn Bhd (HGS), which has a 30% stake in Ibraco HGS, is controlled by Chew Chiaw Han, who is the managing director of both Ibraco and HGS. Warisar is a subsidiary of Ibraco HGS….. “Response to the sales has been good as the project is in a prime location. More than 50% of the 75 units priced from RM1.2mil each have been taken up by buyers.
…..Chew said the Bintulu JV project was Ibraco’s first major property development outside the state capital, where it has built and delivered more than 10,000 residential and commercial properties.

“The demand for commercial and residential properties in Bintulu is very good, as a lot of big investments are pouring into the industrial town due to Sarawak Corridor for Renewable Energy initiatives,” he added.

The newly established Samalaju Industrial Park outside the town is catering to energy-intensive industries like aluminium and ferro-alloy and manganese smelters.

Prices of residential and commerical properties in Bintulu, which is also home to Malaysia’s liquified natural gas (MLNG) complex and other petro-chemical plants, have overshot those in the state capital, according to the latest property report by CH Williams Talhar Wong & Yeo Sdn Bhd.
Property prices there have risen to levels never seen before because of high demand from outsiders.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
October 19, 2013 at 5:53 AM

Nang sik berapa juak gelombang RAP ya tek mikir power gilak kempen bagey apa endak kah. Kinektok tambah sorang gik sak nya jadi A-RAP. A ya adalah nasi tambah sekoh sia situk walaupun xda kenak mengenak dgn PBB iaitu Audi. Blogger ngaku diri bakal calon SPDP phuiii...

Anonymous
October 19, 2013 at 6:31 AM

Tahniah kpd YB Ripin.Gabungan Ahli Parlimen dgn ADUN diharap memantapkan sayap Pemuda.

Ketua Pemuda wajib menilai "mandat" yg diberi oleh delegate kpd calon2.Maka dlm membuat "perlantikan" utk mengisi jawatan2 lantikan beliau mesti mendengar dan mengambilkira "mandat" yg delegate berikan itu.Salah perhitungan/pertimbangan boleh mengakibatkan delegate merajuk.Pilih di kalangan calon yg benar2 rajin dan layak tanpa dipengaruhi sentimen "kasihan" atau "beliau ada keluarga yg berpengaruh" etc.

sekian.

October 19, 2013 at 11:14 AM

Dgn berakhirnya pemilihan sayap Pemuda semalam kini masa utk Ketua Pemuda memikirkan siapa mereka yg layak/sesuai dipertimbangkan utk dilantik memegang jawatan2 dlm sayap Pemuda.Yg pasti menarik ialah bermulanya lobi melobi di kalangan pemuda.Biasalah.

Sbg org luar pagar si marhaen mencadangkan:

1. Jgn melantik dr kalangan calon2 yg dah kalah.(Mana boleh calon yg kalah dln pertandingan exco,contohnya, dpt pengiktirafan lebih tinggi jika dilantik sbg Setiausaha Agong sayap.Benganglah ahli exco yg memang pertandingan ttp jawatan rendah disandang.)

2. Lantik (prerogatif Ketua) mereka yg tidak bertanding.Rasionalnya: tidak akan timbul masalah pilih bulu dikalangan calon2 yg menang dan kalah.

3. Sayap Pemuda hendaknya mengadakan mesyuarat exco pertamanya dlm masa 2 /3 minggu ini.Jgn salahkan tidak cukup masa.Bukankah pemuda kompeten?Ramai anak muda yg mengganggur di luar sana mungkin diseru memberi sumbangan kesukarelaan mereka.Kalau tak diundang mana mungkin mereka nak tunjuk muka "sik malu".

Jgn tunggu sampai kehangatan bahang bara pemuda hilang baru nak bermesyuarat.Fresh mind,fresh ideas..strike when the iron is still hot.wah cakap omputih pok.

4.Ketua Pemuda bincang senarai "lantikan" beliau dgn mereka yg dah menang terlebih dahulu.Atau Ketua Pemuda minta mereka yg dah menang memberi input siapa/nama2 yg ingin dipertimbangkan utk dilantik Ketua.Mungkin nama2 calon yg kalah muncul lagi.Tak kisahlah asalkan exco tadi bersetuju.Nah Ketua tak perlu pecah pala mikir.

5.Ingat..SCORE bukan hidup mati PBB,SCORE hanyalah instrumen mengkayakan rakyat.PBB hidup atas dasar PBB berjuang utk pembangunan rakyat - rumah ada,kemudahan pendidikan ada,bantuan perubatan ada,kerja ada,ekonomi bumi lebih banyak..etcetc.

sekian.hanya secebis pandangan 50sen.

Anonymous
October 19, 2013 at 6:59 PM

Gelombang RAP dah expired pok!.buang R ganti ngan Audichua.jadi Gelombang APA..wakakaka...

October 19, 2013 at 7:13 PM

Harap rintihan akar umbi tok dapat didengar sidak Ketua Pemuda yang mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk jawatan kepada mereka yang menang.

Anonymous
October 19, 2013 at 9:54 PM

Mintak YB Datuk Fadilah iboh appoint urang nak dah kalah & tukang memorakperanda alam cyber.putus terus line nya.patutkah urang yg dah nempek taik ke muka & nama pemimpin2 PBB kita diserap masuk jadi lantikan.bala kawan atas dolok tek betul ya.sokong kamik semo

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger