PAS DAN PKR TIDAK SEHALUAN DALAM SOAL KALIMAH ALLAH


Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald telah memberikan kemenangan mutlak kepada umat Islam di Malaysia ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Bagi PAS, keputusan Mahkmah Rayuan itu sangat bertepatan dan seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam.

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.


Tetapi, tidak bagi PKR apabila melihat keputusan Mahkamah Rayuan itu sebagai tidak adil kepada orang bukan Islam, tegas Latheefa Koya dalam mikro twitter miliknya.

Sebagai seorang peguam yang berfahaman liberal, Latheefa Koya melihat kepentingan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam dalam konteks politik.


Kepentingan politik duniawi didahulukan berbandingan kepentingan akidah umat Islam itu sendiri. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 16, 2013 at 11:16 AM

harap Cik Latheefa Koya insaf dan melindungi umat Islam .Cik Latheefa Koya sudah sudahlah dari menjadi alatan kepada mereka yang berniat merosakan Islam khususnya di Malaysia.

October 17, 2013 at 10:30 AM

Insyaallah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger