MALAYSIAKINI SEMEMANGNYA MAHU MENJATUHKAN AHMAD ZAHID HAMIDI


Portal Propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.

"Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?

"Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat.


Secara jelas Malaysiakini bukan sahaja menyokong pemimpin Pakatan Pembangkang malah cubaan untuk melindungi penjenayah yang dilihat bermaharajalela akibat sokongan Pakatan Pembangkang yang menentang pelaksanaan undang-undang PAC.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger