KEMATIAN JAMALUL KIRAM III TIDAK DITANGISI RAKYAT MALAYSIA


Masihkah anda ingat nama ketua kumpulan pengganas Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III yang popular pada awal tahun 2013 disebabkan tindakannya menghantar ‘tentera pengganas’ Sulu bagi menyerang pasukan keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Akibat daripada keganasan itu, beberapa orang anggota polis dan tentera terkorban dan penduduk Lahad Datu dan sekitarnya berada dalam ketakutan. Tidak cukup dengan itu, ramai rakyat Malaysia melahirkan rasa benci terhadap Jamalul Kiram III yang ternyata ego dan angkuh dalam menyerang dan membunuh rakyat Malaysia.

Hari ini, jam 4.42 pagi di Pusat Jantung Filipina, Jamalul Kiram III, 75 telah meninggal dunia.  

Menurut anaknya, Jacel Kiram bapanya itu meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ.

Jenazah bapanya akan dibawa pulang ke Jolo, Sulu untuk diberi penghormatan sebelum dikebumikan.

Berita kematian Jamalul Kiram III itu sedikitpun tidak ditangisi rakyat Malaysia bahkan tidak berasa langsung rasa sedih.

Malah, tidak wajar kerajaan menyampaikan salam takziah terhadap keluarga Jamalulu Kiram III atas kematiannya disebabkan apa yang telah dilakukannya pada rakyat Malaysia sebelum ini.


Mungkin bagi pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dan Tian Chua akan berasa kehilangan orang yang pernah membantu mereka dalam menghuru-harakan negara sebelum PRU-13 lepas. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger