ISTIMEWANYA GOLONGAN ULAMA BERBANDING GOLONGAN ANWARINAS


Biarpun tidak berkesempatan datang menziarahi pengkebumian bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetap meluang masa dengan bersembahyang jenazah di hadapan kubur di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum.

Selain Abdul Hadi Awang, turut serta ialah Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan; timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Abdul Hadi meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusara Azizan. Beliau tidak dapat menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Khamis lalu kerana menghadiri persidangan antarabangsa di Pakistan.

“Saya ambil masa ini untuk sembahyang di kubur beliau sendiri dan mendoakan supaya ALLAH menerima segala amalannya dan diletakkan bersama mereka yang berjuang menegakkan Islam.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan tiga kali pada hari itu; kali pertama di Masjid Nurul Ihsan dengan diimamkan anak keempatnya, Izzat Izzatul Islam.

Setiba di Muassasah Darul Ulum, jenazah sekali lagi disembahyangkan dengan diimamkan anak sulungnya, Wassim Humaidi, manakala sembahyang jenazah kali ketiga diimamkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din, di tempat yang sama.


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger