INIKAH SEBAB MENGAPA AHLI PARLIMEN PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MENYOKONG DAN MELULUSKAN PCA


Perbahasan yang bermula jam 11.30 pagi (Rabu) sehingga jam 12.50 pagi (Khamis) barulah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan.

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.

Dalam perbahasan itu, 115 Ahli Parlimen BN menyokong manakala 66 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tidak menyokong. Ini sekaligus menggambarkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang yang kononnya selama ini menjaga kebajikan rakyat hanyalah sandiwara kerana lebih gemar menyokong penjenayah.

Hanya atas ‘hak asasi manusia’ maka Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tidak bersetuju dengan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Jika benar mahu melihat kadar jenayah turun dan penjenayah dijatuhkan hukuman setimpal maka suatu undang-undang perlu bagi mengadili kesalahan yang telah dilakukan. Ini susulan daripada akta ISA dan EO yang sebelum ini dimansuhkan disebabkan desakan Pakatan Pembangkang.


Kematian pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi setelah ditembak di sebuah tokong Cina terbela apabila seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada hujung Julai lalu.

Koong Swee Kwan, 44, turut menghadapi tuduhan cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuan, 49, sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Swee Kwan yang berkemeja-T putih hanya mengangguk tanda memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar, Rosmaniar Zainuddin.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Rosmaniar.

Lelaki itu yang menetap di Batu 9 Cheras di sini didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengendalikan pendakwaan memohon satu tarikh sebutan bagi menunggu laporan forensik dan mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela ditangkap di Taman Larut Tin Taiping, Perak pada 23 September lalu selepas dua bulan melarikan diri daripada diburu pihak polis.

Menurut laporan akhbar, Hussain dilaporkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala Mei Kuen cedera ditembak dari jarak dekat dan cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan selepas keluar dari tokong cina tersebut.
Pada 16 Ogos lalu, pemandu teksi, Chew Siang Chee, 45, yang dipercayai memandu tertuduh pada hari kejadian didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan, memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup tanpa lesen.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di B-15-12 Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Persimpangan Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos lalu.

Sementara itu, pihak polis masih giat mengesan majikan Swee Kwan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Majikannya yang berusia 53 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke Australia selepas Hussain mati ditembak.



Apakah ini sebabnya Pakatan Pembangkang tidak mahu meluluskan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dalam usaha kerajaan membendung peningkatan kadar jenayah?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

October 5, 2013 at 5:22 PM

Akta Pencegahan Jenayah 1959 yg sebelum ini tidak terpakai utk Sabah dan Sarawak kini dah dpt kelulusan Dewan Rakyat.Bbp pindaan telah dibuat termasuk memperluaskan Akta tersebut ke Sabah dan Sarawak.Syabas kpd kerajaan.

Memang kita kecewa dgn tindakan pihak pembangkang yg menentang pindaan2 tersebut.Seolah2 pembangkang takut dgn akta tersebut.Draconian law kata mereka.Sebenarnya mereka takut dgn pindaan dimana Lembaga berkenaan boleh menasihati pihak mahkamah menahan suspek sehingga 2 tahun.Pencegahan jenayah berat hanya akan berkesan jika pihak polis diberi kuasa menahan suspek utk siasatan.

Nah terbukti pembangkang takut dgn bayang2 sendiri.Kalau tak buat jenayah yg boleh mengancam keselamatan awam tidak perlu takut dgn pindaan kpd akta tersebut.

Mujurlah pihak kerajaan ada dua pertiga undi menyokong.Kalau tidak pasti pindaan tidak akan diluluskan dewan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger