FAM CETUSKAN KEMARAHAN PENYOKONG SARAWAK


Hanya kerana dakwaan Pengurus Perak yang mengatakan kekalahan terbesar 1-6 ke atas Sarawak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan disaksikan lebih 28 juta rakyat Malaysia menyebabkan pasukan Sarawak termasuk staf kejurulatihan dan pemain Sarawak disiasat SPRM.

Semalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM, Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat mendedahkan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 di Stadium Negeri, 21 September lalu.

Bagaimanapun, Pengurus Pasukan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki terkejut dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Intergriti FAM tanpa memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak.

Kenyataan Tan Sri Aseh Che Mat itu boleh dianggap sebagai kenyataan budak sekolah yang bersifat melulu.

Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan menghubungi FAM untuk mendapatkan penjelasan. Ini sesuatu yang amat buruk dan menjejaskan reputasi pasukan Sarawak yang kini menuju ke kemuncak.

Sebagai sebuah persatuan bola sepak profesional, FAM sepatutnya bertindak lebih profesional dengan merujuk kepada FAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada pihak media.


Jangan ingat FAM mempunyai kuasa maka boleh menuduh sesuka hati terhadap pasukan di bawah naungannya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 1, 2013 at 3:07 PM

Mana mungkin kedua2 pasukan boleh berpakat menerima rasuah supaya satu kalah teruk.Tidak masuk akal Sarawak boleh mengatur perlawanan.Adakah kedua2 pasukan tahu bahawa perlawanan di Sarawak telah diatur?Mana mungkin.FAM wajib bersikap professional dlm menangani masalah yg menimpa Perak.Jgn diheret Sarawak dlm masalah itu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger