FACEBOOK MILIK FAM BERSIFAT KENEGERIAN


Kemenangan besar 6 gol berbalas 1 Sarawak ke atas Perak dalam saingan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia dalam Kumpulan D menjadi titik tolak kepada kemarahan penyokong Sarawak ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika saingan Liga Perdana dan kempen Piala Malaysia, tiada sebarang siaran langsung membabitkan pasukan Sarawak di mana-mana siaran televisyen di Malaysia termasuk ASTRO. Namun, selepas satu kain rentang yang bertajuk ‘No Live, No Problem’ yang dihasilkan penyokong-penyokong tegar Sarawak barulah ada siaran langsung.

Kemuncaknya apabila perlawanan bola sepak antara Sarawak menentang Lion XII di mana pertemuan Juara Liga Perdana dan Juara Liga Super di mana tiada siaran langsung.

Selepas itu barulah ada siaran langsung yang membabitkan pasukan Sarawak namun ianya tidak berpanjangan apabila perkara sebaliknya berlaku. Kemenangan besar Sarawak ke atas Perak telah mengubah segalanya.

Pemain-pemain Perak tidak pernah mengadu atau mengaku menerima rasuah seperti mana dakwaan Pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, akibat tidak berpuashati dengan siasatan SPRM, Pengerusi Intergriti FAM, Datuk Seri Aseh Che Mat yang mahu pemain dan pengurusan Sarawak disiasat rasuah.


Bagaimanapun kemenangan besar Kelantan 6-1 ke atas pasukan pilihan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bahru sedikitpun tidak dipandang FAM atas alasan gol-gol yang dijaringkan pemain Kelantan tidak mencerminkan ada unsur-unsur rasuah.

Artikel ini bukan bertujuan untuk memihak mana-mana pasukan termasuklah pasukan Sarawak, namun tindakan admin Facebook FAM dan beberapa kenyataan FAM yang sering bercanggah menyebabkan imej FAM tercalar di mata peminat bola sepak Malaysia.


Inikah yang dikatakan era bola sepak profesional yang dimahukan FAM sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia menabur kebencian ke atas FAM.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger