EXCO SELANGOR TURUT KECAM ANWAR IBRAHIM


Selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mempertahankan dirinya daripada kecaman berterusan Anwar Ibrahim dalam kecekapan menguruskan ekonomi Selangor, seorang Exco Selangor, Sallehen Mukhyi mempertahankan Khalid dan mengecam tindakan Anwar.

Menurut Sakkehen Mukhyi, teguran terbuka Anwar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tidak tepat.

Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar.

"Tetapi Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan saya sebagai Exconya, saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan, saya sebenarnya tidak bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak membelanjakan hasil negeri," katanya.

Sallehen yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan Desa menambah, Khalid seorang yang berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan daripada hasil negeri.

"Bukan Tan Sri Khalid tidak membelanjakan tetapi perbelanjaan itu dibuat dalam keadaan yang penuh berhati-hati dan penuh berhemah.

"Jadi sikap berhati-hati itulah boleh jadi dilihat sebagai satu yang nampaknya Tan Sri Khalid agak perlahan atau pun kurang membelanjakan kewangan negeri.

Anwar ketika menyampaikan ceramah Laporan Audit Negara menegur Khalid agar tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab yang tinggi bernilai hampir RM3 bilion walhal masih banyak rakyat negeri itu tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan negeri.

Kenyataan Anwar disokong Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. Katanya Anwar terpaksa berbuat demikian setelah teguran dalaman demi teguran dalaman tidak diendahkan Khalid.


Nampaknya hubungan Anwar dan Khalid kini sudah retak kembali, dan konspirasi jawatan Menteri Besar Selangor kini bergoncang lagi.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 16, 2013 at 10:45 AM

Apa hal pula Al Jub nak komen kerja yang diterima pakai oleh Exco dan Adun Selangor. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri kerajaan PKR itu, sepatutnya telah memberikan pandangan dan cadangannya sebelum dilaksanakan. Atau munkinkah Al Jub ini tak mendapat habuan seperti yang dihajatinya. Atau tak Ada pay rise ke? Tak Khalid tak bin nag dgn Exco pasal elaun RM1.00 Nya itu. Patutnya Khalid beri kenaikan 100% jadikan RM2.00. Maklumlah sudah dua penggal memberikan Nasihat tenteng Ekonomi Selangor!

Anonymous
October 19, 2013 at 9:49 AM

Gay tua nak tukar wajah nak tipu di mahkamah le tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger