DAP SARAWAK SUDAH BERANI PERTIKAIKAN HUKUM ISLAM




Dengan menjadikan orang Islam yang menyertai DAP sebagai boneka dan alat untuk menyerang kepentingan Islam di Sarawak adalah sesuatu yang sudah melampaui batasan dan sangat keterlaluan.

Orang Islam menganggap mufti itu seorang yang bijaksana dalam membuat keputusan berasaskan al-Quran dan Sunnah tanpa dibayangi emosi.

Tetapi, tidak bagi DAP yang kini sudah keterlaluan sehingga sanggup mempertikaikan hukum-hakam Islam yang digunakan mufti Sarawak dalam membuat penilaian ataupun keputusan terhadap urusan berkaitan masyarakat Islam di Sarawak.

Ini betul-betul sudah keterlaluan dengan kepentingan politik diutamakan berbanding sensitiviti rakyat.

Mana tidaknya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen telah mempergunakan orang Melayu seperti Abdul Aziz Isa yang baru setahun jagung dalam politik tetapi kini sudah berani dan lantang mempertikaikan hukum-hakam Islam serta dengan lantang cuba menidakkan pengetahuan agama seorang Mufti.

“Mufti negeri berkata pelaburan mengikut hukum, mana hukumnya? Dan berapa kos pembinaan Kompleks Islam Sarawak (KIS)? Mengapa menggunakan duit zakat, dana baitulmal atau dana wakaf?”.


Dalam menjelaskan perkara ini pihak Tabung Baitulmal Sarawak sudah berkali-kali menjelaskan bahawa perlaburan yang dimaksudkan menggunakan Dana Khas, dan sesekali tidak melibatkan wang zakat sepertimana yang didakwa DAP.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

October 10, 2013 at 1:31 PM

Pengkhianat Melayu dlm dap semuanya telah dibayar. Hanya org2 Melayu dan Islam di Sarawak perlu bermuhasabah diri dan biarkan org2 sprt ini akhirnya akan dipijak oleh dap apabila madunya dah habis nanti.

October 10, 2013 at 3:01 PM

Ada juga baiknya Melayu masuk Dap.Tetapi wajib memasuki semua network parti chauvinis tu.Cari dan siasat apakah agendanya dan selongkar modus operandi Dap.Itupun kalau berniat nak bantu Melayu.Banyak rahsia Dap dpt dikorek.

Cuma kita khuatir Melayu yg masuk Dap nanti lebuh teruk drp cina Dap.

November 25, 2013 at 8:57 PM

Thank's gan infonya !!!!

peluang agen tiket

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger