DAP KINI SUDAH BIADAP TERHADAP ORANG MELAYU


Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan penghujung September 2013 buat kali kedua tidak membawa sebarang makna kepada DAP kerana tiada sebarang perubahan ke atas kepimpinan yang dipilih sebelum ini.

Hakikatnya tiada seorangpun calon Melayu yang memenangi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sekaligus menidakkan DAP sebagai parti berbilang kaum.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin DAP, Tony Pua bersikap biadap apabila menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu dengan anggapan ROS sebagai budak suruhan UMNO.

Ahli PAS cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar mendakwa DAP bersifat rasis dan biadap:

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Lim Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang PAS tak bodoh.

Lim Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.

Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.


Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger