CINA DAP LIM GUAN ENG HARUS DIAJAR CARA BERSOPAN


Menghina penjawat awam. Itulah yang boleh dikatakan terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa pemimpin DAP lain yang secara terang menghina penjawat awam dengan memperlekehkan Ketua Pengarah Jabatan Pertubuhan (ROS).

Dalam ucapannya semasa Mesyuarat Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara jelas mengugut akan mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah sekiranya parti itu terus didesak dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Ini bukan kali pertama bahkan rakyat Malaysia sudah mengetahui sikap pemimpin DAP yang kurang ajar. Apakah yang akan terjadi jika mereka (DAP) ini memerintah negara?

Bagi Setiausaha Kerja Angkatan Muda Parti Pakatan Rakyat (PKR) Kedah, Azhar Ramlee berkata, Guan Eng sepatutnya menutup mulut dan tidak membuat sebarang kenyataan secara terbuka berhubung konflik yang melanda parti itu.

Katanya, tindakan tersebut juga tidak wajar memandangkan ROS merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

"Apa yang disuarakan oleh Guan Eng agak menyedihkan kerana sedikit sebanyak mencalarkan imej pakatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Guan Eng pada Kongres Ke-16 DAP minggu lalu yang memberi amaran kepada ROS bahawa parti itu bersedia membawa isu membabitkan pemilihan CEC ke mahkamah jika terus didesak.

Tambah Azhar, Guan Eng sepatutnya memberi tumpuan kepada lawannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan bukannya mempersoalkan tindakan ROS.

"Saya beranggap kenyataan beliau agak keterlaluan lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berjawatan Ketua Menteri," jelasnya.

Katanya, sikap Guan Eng yang sering menimbulkan kekecohan merupakan antara punca Pakatan Pembangkang kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Hormati ROS jika mahu DAP dihormati dan hentikan campur tangan dalam parti rakan tetapi perbaiki parti sendiri iaitu DAP.

"Guan Eng perlu sedar, sebelum ini Pas hilang sokongan undi Melayu ekoran beliau pernah membangkitkan isu kalimah Allah," katanya.


Sudah menjadi lumrah kesemua pemimpin DAP bersikap kurang ajar. Mungkin mereka ini tidak mempelajari mata pelajaran sivik dan moral di sekolah. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger