#PRKSgLimauBELANJAWAN 2014: ELAK DICIPLAK HANYA SANDIWARA ANWAR IBRAHIM


Pada minggu lepas, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melaungkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka (Pakatan Pembangkang) akan membentangkan Belanjawan 2014 pada hari Selasa di Dewan Rakyat.

Seperti dijangka itu hanyalah sandiwara dan permainan Anwar yang terkenal dengan penipuan dan mainan persepsi.

Atas alasan bagi mengelak kerajaan BN "menciplak" idea dan rangka belanjawan pembangkang.

Namun, apakah rasionalnya Pakatan Pembangkang membentangkan Belanjawan 2014 sedangkan mereka bukan kerajaan? Kalau setakat di atas kertas dan tidak mempunyai sumber kewangan juga bukan pihak yang sebenar mengurus negara, apa-apa sahaja dalam Belanjawan 2014 boleh dikata.

Belanjawan Alternatif 2014, Pakatan Pembangkang akan memperkenalkan reformasi fiskal dalam memastikan pencapaian defisit fiskal bajet pada kadar tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai menjelang 2015.

Selain itu katanya, langkah itu membolehkan Malaysia mencapai lebihan bajet selewat-lewatnya pada 2018 sekali gus negara berupaya mengatasi kemelut hutang pada masa akan datang.

"Reformasi fiskal ini dijangka membolehkan Malaysia keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM500 bilion dan pembayaran hutang yang melebihi RM20 bilion setahun.

Kebergantungan pertumbuhan ekonomi negara yang berasaskan pinjaman juga akan beralih kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan.

Bagi menjamin perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien dan teratur, Pakatan Pembangkang juga memperkenalkan program rasionalisasi kos dengan pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan.

Cakaplah apa sahaja pasal Belanjawan 2014, tetapi hakikatnya, mereka tidak mampu melaksanakannya.

Adalah lebih baik Anwar dan pemimpin Pakatan Pembangkang memfokuskan terhadap negeri pimpinan masing-masing seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Rakyat di negeri-negeri tersebut ingin mendengar apakah keistimewaan yang akan mereka perolehi selepas memenangkan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.


Sebelum berhajat untuk membentangkan Belanjawan 2014 peringkat kebangsaan adalah lebih baik Pakatan Pembangkang memfokuskan kepada nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang dianaktirikan oleh Cina DAP dan meningkatkan sosioekonomi rakyat Kelantan yang kini ramai berhijrah ke luar Kelantan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 23, 2013 at 10:40 AM

Kerajaan Selangor di bawah Dtk Khalid berjaya dgn simpanan lebih 2 billion.Anwar mengecam Khalid kerana tak belanja dgn betul.Pelik.Setahu saya banyak simpanan ertinya banyak untunglah.Maka tak perlu pinjam.Anwar nak apa lagi?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger