#Bajet2014 PEMIMPIN BN SARAWAK SAMBUT BAIK PEMIMPIN PEMBANGKANG SEPERTI BIASA MEMBANGKANG


Sehari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentang Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Pakatan Pembangkang telah terlebih dahulu membentang bajet Buku Jingga mereka yang diulang cetak.

Namun, selepas pembentangan Bajet 2014 oleh Najib di Dewan Rakyat segala mata tertumpu kepada intipati ucapan Bajet 2014 yang disifatkan sebagai memenuhi janji kepada rakyat dan pembangunan berterusan di kawasan luar bandar.

Bagi pemimpin BN Sarawak, mereka melihat Bajet 2014 kali ini sebagai bajet inklusif kepada semua rakyat.

Dengan beberapa intipati Bajet 2014 yang dikhususkan kepada Sarawak seperti meneruskan pembangunan infrastruktur dan luar bandar Sarawak menjadikan rakyat Sarawak sangat gembira.

Antara peruntukan ketara yang diberikan kepada Sarawak pada pembentangan bajet ialah memperuntukan RM500 juta bagi kerja-kerja membina Lebuh Raya Pan Borneo untuk mempergiatkan pembangunan bandar dan luar bandar.

Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, kementeriannya akan memberi keutamaan yang telah ditentukan kerajaan dalam pembinaan jalan berkenaan.

“Kita akan beri keutamaan kepada pembangunan yang ditentukan kerajaan misalnya penambahbaikan lorong memotong dan menangani kawasan kerap kemalangan.

“Saya melihat bajet pada kali ini, sesuai dengan tema kerana ia memperteguhkan ekonomi, memperkasakan transformasi melaksana janji dengan lima fokus (teras) utama iaitu merancak ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan pusat yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan keselesaan rakyat.

“Ini khasnya rakyat luar bandar dan kerajaan berusaha untuk menyelesaikan isu penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dipercepatkan,” kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) itu.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Profesor Dr Sim Kui Hian pula berkata, bajet berhubung pencegahan jenayah adalah satu perkara yang amat baik.

“Ini kerana ia merupakan antara perkara yang dipertimbangkan oleh rakyat.

Dr Sim memberitahu, rakyat negara ini akan menilai Bajet 2014 dan bajet pada masa depan dengan janji-janji semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Paling berkesan adalah dalam subsidi dan perbelanjaan seperti audit untuk projek kerajaan, memantau subsidi supaya ia sampai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sahaja.


Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang pengurangan subsidi gula, pengenalan GST dan kenaikan beberapa cukai menjadi isu utama yang akan menjadi isu politik kononnya mereka memperjuangkan nasib rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger